Tabiat Yang Perlu Ditanam Untuk Cemerlang Dalam Industri Automotif Dan Sukan Permotoran

  • Ada beberapa tabiat-tabiat tertentu yang membawa kejayaan dalam industri automotif dan sukan permotoran.
  • Kami telah bercakap dengan Harun Zainal, salah seorang jurulatih Kursus Juruteknik Superbike Kolej Automotif TOC.
  • Adakah anda memilikinya?

Ianya seperti apa yang tertulis dalam buku “Millionaire Success Habits”. Kita perlu ada tabiat-tabiat tertentu untuk berjaya dalam industri sukan permotoran dan automotif.

Kami telah berpeluang untuk berbicara dengan Encik Harun Zainal, seorang jurulatih dalam Kursus Juruteknik Superbike di Kolej Automotif TOC.

MotoMalaya: Kolej Automotif TOC sudah semestinya mengalukan kedatangan setiap pelajar. Tetapi, apakah yang perlu ada pada pelajar ini untuk berjaya?
Harun Zainal: Pertama sekali, minat serta kesabaran, terutamanya dalam sukan permotoran. Ini kerana kita tidak akan tahu kedudukan pasukan kita. Sebuah pasukan terdiri daripada pelbagai personaliti serta perwatakan yang berbeza, jadi kita perlu berpegang teguh.

Selain itu, sebagai seorang juruteknik, kita mesti gemar melihat jentera bergerak. Kita tidak boleh berdiam diri apabila ternampak akan kenderaan yang rosak atau tidak bergerak. Dalam sukan permotoran, anda hendak lihat jentera itu bergerak dengan lebih pantas.

Ianya misi juruteknik untuk menjadikan kenderaan bergerak dengan lebih pantas. Tetapi, bagaimana boleh kita lakukannya? Anda perlu bekerjasama dengan pasukan.

Perlu ada keinginan untuk belajar. Dalam industri ini anda tidak akan berhenti belajar. Akan ada sahaja perkara baharu yang boleh dipelajari. Anda akan belajar di setiap perlumbaan.

MM: Apa yang menjadikan sukan permotoran ini sukar?
HZ: Ianya bukan sekadar menjadikan jentera anda bergerak dengan laju. Kami perlu mempelajari tentang peraturannya dan mematuhinya. Tidak mematuhi peraturan akan menyebabkan penyingkiran. (Penyingkiran membuang masa, tenaga, dan wang semua orang – Editor.)

MM: Perlumbaan motosikal jenis apakah yang disertai TOC?
HZ: TOC terlibat dengan perlumbaan dalam kejohanan Malaysia Superbike Championship (MSBK), TOC- Ducati Desmo Cup, dan Malaysia Speed Festival (MSF).

Kami bekalkan kru pit buat pasukan-pasukan yang terlibat (bagi membolehkan pelajar untuk menimba ilmu).

MM: Bagaimana pula dengan pelajar yang akan menamatkan pengajian? Apakah kualiti-kualiti yang perlu mereka ada apabila memasuki dunia pekerjaan?
HZ: Berdasarkan pengalaman saya sendiri, ianya bukan mengenai gaji, tetapi lebih kepada minat kepada apa yang anda lakukan. Ianya berkenaan membolehkan kenderaan berfungsi secara optimal.

Bagi saya, seorang juruteknik ini adalah seperti doktor kereta atau motosikal. Anda tidak boleh hanya fikirkan tentang wang sahaja, tetapi, anda perlu memberi tumpuan kepada membantu orang. Ini bukan hanya untuk para pelajar saya sahaja, tetapi buat ke semua juruteknik di seluruh negara.

MM: Masih terdapat banyak bengkel di luar sana yang tidak mengamalkan amalan bengkel yang betul. Adakah TOC menerap amalan bengkel yang betul?
HZ: Ya, sudah pasti. Kami telah pun mendidik pelajar kami mengenai etika bengkel yang betul bermula dari kelas pertama lagi. Ianya mengenai mendidik disiplin diri dan perwatakan baik.

Kami berharap yang mereka boleh menyebarkan budaya ini di kalangan juruteknik. Saya rasa sudah ada sejumlah besar bengkel yang telah mula menukar cara mereka.

Pemilik kenderaan juga semakin sedar akan kepentingan menghantar kenderaan mereka ke bengkel yang bersih dan memiliki peralatan yang sesuai. Ini adalah satu budaya yang bagus. Saya boleh lihat yang bengkel-bengkel di negara kita akan bertambah baik dalam masa beberapa tahun yang akan datang.

Sila TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Kolej Automotif TOC. Sila TEKAN SINI jika anda berminat dengan Kursus Juruteknik Superbike. TOC juga turut mempunyai sebuah program bergelar Bina Bakat bagi membantu bakal pelajar yang memerlukan pinjaman pendidikan.

Kolej Automotif TOC boleh dihubungi di talian (+603) 7960 8833

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply