Tunggang Uji Ducati Multistrada 950 2018 – “Sederhana Lebih Baik”

  • Kami telah menunggang uji model Ducati Multistrada 950 2018 sewaktu Tunggangan Media anjuran Ducati Malaysia.
  • Motosikal Multistrada 950 ini merupakan tawaran dalam segmen motosikal sport-tourer kelas pertengahan.
  • Ianya sesuai buat pelbagai jenis penunggang.

Penulis telah menunggang motosikal di atas jalan raya berkenaan dengan begitu kerap sekali, sampai sudah lupa berapa banyak kali saya lalui jalan ini. Penunggangan kali ini di atas motosikal Ducati Multistrada 950 2018 menjadikannya perjalanan kali ke-tiga puluh, barang kali ke-empat puluh.

Tunggangan Media Ducati Multistrada 950

Walaupun telah menunggang atas laluan ini menggunakan pelbagai motosikal yang berbeza, ia tidak terasa amat istimewa. Jangan salah anggap, laluan Sungai Koyan – Ringlet ini adalah antara laluan untuk menunggang yang terbaik di Semenanjung Malaysia. Hanya ada di antara motosikal tersebut kurang menyerlah di atas jalan raya asfalt bersimpang siur sejauh 80.3km ini.

Namun, hari ini, ia terasa berbeza.

Pengenalan

Ducati telah pun memiliki model Multistrada 1200 (yang diperkenalkan sebelum Multistrada 1260) bersaing dalam segmen motosikal sport-tourer kelas terbuka. Bagaimana pun, mereka tidak mempunyai sebuah jentera sport-tourer atau adventure-tourer dalam kelas pertengahan yang sedang pesat membangun.

Harga adalah faktor utama bagi menjadikannya berdaya saing. Dengan itu, model Multistrada 950 ini berkongsi enjin 937cc yang sama seperti model Hypermotard dan Supersport yang mengujakan. Dengan erti kata lain, ia tidak dilengkapi dengan “Desmodromic Variable Timing” (DVT). Selain itu, ia hanya dilengkapi dengan ABS dan kawalan cengkaman standard (bukan IMU berasaskan sudut condong), lengan ayun dua sisi, penyerap hentakan belakang Sachs, dan klac aktuasi wayar. Fork hadapan pula boleh dilaras sepenuhnya.

Tanggapan penunggangan

Enjin L-Twin (V-Twin 90º) bergerak lancar di keseluruhan rpm. Ia menghasilkan 113hp dan 95Nm tork, yang mana 80% daripadanya boleh digunakan bermula dari 3,500rpm. Namun begitu, ianya masih sebuah Ducati dan akan terhinggut-hinggut jika anda gunakan gear yang terlalu tinggi. Apa yang penting di sini adalah motosikal ini mampu bergerak dengan lancar dan secara yang diagakkan tanpa menakutkan penunggang.

Model Multistrada 950 ini jelas terasa lebih kecil dan ringan berbanding Multistrada 1200. Ia bukan mainan jiwa kami tetapi sesuatu yang nyata sebaik sahaja kami melabuhkan punggung atas pelana. Pelananya juga tidaklah selebar berbanding abangnya yang lebih besar.

Namun apa yang telah berjaya mencuri hati kami adalah pengendaliannya. Palang pemegangnya yang besar membuatkan aksi ‘countersteering’ memasuki selekoh cukup mudah sekali. Sebaik sahaja mula mengiring, motosikal ini akan berada tetap di atas laluan pilihan anda. Memulas sedikit pendikit sewaktu permulaan selekoh akan menstabilkan lagi casis motosikal berkenaan, tetapi pada masa yang sama, motosikal tersebut hanya perlukan sedikit tekanan ke atas palang pemegang atau menggerakkan sedikit bahu untuk mengemaskan lagi laluan yang dipilih.

Kebolehan ini dilihat pada pertama kalinya di Lebuhraya Karak, tetapi di sini, kami akan tunjukkan bahagian yang lebih mencabar,

Ujian sebenar bermula di laluan Sungai Koyan – Ringlet. Selekoh-selekohnya memerlukan kemasukan yang yakin, kebolehan untuk mengekalkan dan mengemaskan laluan yang dipilih. Faktor yang lebih merbahaya adalah bahagian-bahagian yang mendap di atas jalan raya. Tiada masalah sekiranya mendapat ini adalah sewaktu jalan yang lurus, tetapi, lebih kerap berada di selekoh, sama ada baik sebelum memasuki atau di apeksnya.

Dalam banyak-banyak motosikal yang telah saya bawa ke sini, ada sebuah yang membuatkan kedua-dua buah tayarnya terlompat sewaktu lantunan semula suspensi, menyebabkan penulis memasuki arah bertentangan. Suspensi sebuah jentera yang lain membuatkan penulis dan isteri terlompat dari pelana. Kebanyakan pengeluar menetapkan suspensi terlalu keras sehingga tempat letak kakinya terkena permukaan jalan, diikuti dengan lompatan yang menyebabkan motosikal tersasar jauh apabila suspensi melantun.

Sebaliknya, ada beberapa buah motosikal yang mengendalikan lompatan-lompatan ini dengan baik sekali – dua buah motosikal dwi-sukan dengan suspensi WP, sebuah Multistrada 1200S dengan suspensi Skyhook, dan sebuah Multistrada 1200 2016.

Diingatkn motosikal-motosikal berkenaan dilengkapkan dengan suspensi tercanggih.

Kami mula mendekati seksyen jalan raya berkenaan dengan berhati-hati, memastikan motosikal kekal setegak yang boleh. Namun, dengan segera kami dapati bahawa suspensi pada Multistrada 950 ini tidaklah terjatuh habis, atau melompat dengan kuat. Sudah pasti kami merasai setiap hentakan tetapi kami tidak terasa goyah dengannya. menyelusuri selekoh pada kelajuan melebihi 140km/j. Motosikal ini bukannya didatangkan dengan peredam stereng, tetapi terasa amat stabil di pertengahan selekoh.

Tindak balas pendikit yang lancar juga turut membantu. Tidaklah anda terasa tendangannya. Kelancaran ini menjadi landasan bagi laluan penyelekohan dan keluar yang dikawal rapi.

Ke semua sifat ini bergabung dengan lancar sewaktu kami menuju ke Simpang Pulai pada hari kedua. Sesiapa yang pernah menunggang atas jalan raya ini sudah sedia maklum betapa sukar dan merbahayanya jalan ini, tetapi tidak sekali pun Multistrada 950 ini menggusarkan kami.

Pendek kata, ia membuatkan kita terasa seperti wira, walaupun bagi mereka yang paling acuh tidak acuh.

Kelajuannya bertambah tanpa terasa tergesa-gesa. Malah, boleh dikatakan agak malas. Selain daripada bunyi hon masukan mercu tanda Ducati di bawah tangki sewaktu kami memulas pendikit, enjinnya juga kedengaran lebih kuat berbanding hanya kedengaran lebih ‘sibuk’. Ianya sesuatu yang perlu dialami sendiri.

Jika ianya kedengaran mudah, ianya kerana ianya benar. Tiada sesiapa pun antara kami merungut tentang lenguh-lenguh atau kepenatan sewaktu penunggangan. Motosikal Multistrada 950 ini membuatkan penunggangan anda terasa jauh lebih mudah.

Ianya juga agak menjimatkan, memandangkan betapa derasnya rentak kami sepanjang perjalanan. Kami telah meliputi jarak 294.5km dengan baki 30 kilometer dalam tangki, sejak kami tinggalkan perkarangan Ducati Malaysia.

Ianya bukanlah 100% sempurna. Tuil penukaran gearnya perlu ditarik panjang sewaktu penurunan gear. Kami sering kali terlepas gear sewaktu hari pertama penunggangan. Bagaimana pun, ini adalah kerana kami cuba menukar gear dengan pantas dan memulas pendikitnya dengan segera. Kaedah penukaran gear yang lebih bersahaja akan menangani masalah ini.

Kesimpulan

Model Multistrada 950 mungkin tidak dilengkapi dengan teknologi sehebat Multistrada 1200, tetapi ianya cukup menyeronokkan untuk ditunggangi. Keringkasannya juga menghindarkan kami dari teralih perhatian dengan pelbagai atur cara yang ada. Sebaliknya, anda hanya perlu menunggangnya.

Motosikal ini sesuai untuk pelbagai jenis penunggang. Walaupun ianya kedengaran seperti klisé yang basi, ia tidak menggerunkan penunggang baharu, dan pada masa memastikan penunggang veteran turut kekal gembira buat masa yang lama.

Ya, kadang kala bersederhana itu lebih baik.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply