Triumph Thruxton R TFC Bakal Tiba

  • Model Triumph Thruxton R TFC adalah sebahagian daripada rangkaian Triumph Factory Custom.
  • Berdasarkan namanya itu, ianya merupakan model pengeluaran terhad mewah utama.
  • Hanya 750 unit yang akan dibina.

Triumph Motorcycles sedang rancak memperkenalkan pelbagai model yang yang mengujakan dalam tempoh masa yang singkat ini. Motosikal Triumph Thruxton R TFC adalah model yang berikutnya sedang menjalankan ujian jalan raya.

Sumber imej: MCN

Pada bulan Oktober yang lalu, Triumph telah melancarkan model Street Twin 2019 dan Street Scrambler 2019 sewaktu acara Intermot, diikuti dengan model Scrambler 1200 yang baharu ketika Persidangan Pengedar Global (Global Dealer Conference – GDC) di London. Sewaktu persidangan inilah pengeluar berkenaan telah membentangkan rancangan mereka untuk memperkenalkan lebih banyak model bagi tahun 2019. Antara model-model terbaru berkenaan adalah Speed Twin 2019 (dilancarkan pada awal Disember), Rocket III 180hp baharu, dan kini, model Thruxton R TFC.

Motosikal Thruxton R TFC ini merupakan sebahagian daripada rangkaian Triumph Factory Custom. Rangkaian ini terdiri daripada model utama edisi terhad. Model peragaan TFC Bobber dan Scrambler telah diperkenalkan pada tahun 2014 dahulu.

Model Thruxton R TFC bercirikan enjin parallel-Twin, 1,200cc, Hi-Power yang telah dipertingkatkan. Penggunaan ekzos titanium Vance & Hines dan ECU yang dipeta semula meningkatkan lagi pengeluaran kuasanya dari 96hp kepada 106hp.

Pada bahagian casisnya, fork Öhlin NIX 30 menggantikan fork Showa BPF. Ia sepatutnya menjadi padanan yang lebih sesuai dengan penyerap hentakan berganda Öhlins yang sedang digunakan. Angkup brek hadapan Brembo akan dipam bendalir ke dalamnya dengan menggunakan silinder radial utama Brembo. Jika itu tidak cukup garang bagi anda, motosikal Thruxton R TFC ini akan dilengkapi dengan tayar Metzeler Racetec RR.

Triumph turut mengurangkan sebanyak 5kg berat motosikal ini.

Model Thruxton R TFC ini juga bakal didatangkan dengan reraup karbon fiber ‘bullet’ sebagai kelengkapan standard. Hanya 750 unit sahaja yang akan dibina. Pemilik bertuah boleh melihat nombor siri pengeluarannya di atas billet atas apit tiga.

Kami telah menamakan model Thruxton R sebagai motosikal café racer paling menyeronokkan yang pernah kami uji. Model TFC ini sudah pasti lebih hebat lagi!

Triumph Thruxton R Test & Review

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]