- Gambar-gambar bagi apa yang mungkin sekali sebuah model Triumph Rocket III telah dibocorkan dalam talian internet.
- “Motosikal baharu” ini digayakan dengan lebih agresif berbanding dengan model semasanya.
- Ia akan meletakkan model Rocket III ini di satu kedudukan yang membolehkannya bersaing secara langsung dengan model power cruiser semasa.
Ingin menunggang sebuah motosikal yang lantang? Yang akan memeranjatkan jiran anda apabila anda memberitahunya yang enjin motosikal anda ini lebih besar daripada enjin Honda Accordnya? Tungganglah sebuah Triumph Rocket III.
Berkapasiti 2,294cc, enjin Triumph Rocket III ini memegang rekod sebagai enjin motosikal pengeluaran terbesar dunia. Ia menghasilkan 145hp, tetapi, bukan sekadar itu sahaja. Kerana dengan daya kilas sebanyak 221Nm, ianya satu jumlah tork yang mampu menggerakkan gunung.
Kini, gambar-gambar Rocket III yang baharu telah mula memunculkan diri di atas talian internet. Menurut Visordown, ianya telah diambil sewaktu Persidangan Pengedar Global Triumph pada bulan Oktober yang lalu.
Berdasarkan dari gambarnya itu, motosikal atau varian yang baharu ini akan kelihatan lebih agresif berbanding model bergaya klasik semasa. Lihat sahajalah angkup Monobloc Brembo, fork terbalik, paip ekzos bergandanya yang diletakkan di sebelah kanan, dan yang paling utama sekali, lengan ayun satu sisi.
Ya, kami turut mengakuinya. Ia tampak seperti motosikal power cruiser Ducati Diavel.
Memperbaharui atau menambah model sebegini semestinya satu langkah yang bijak oleh pengeluar dari Hinckley tersebut kerana ianya akan memberikan mereka sebuah model cruiser bergaya moden. Ia mampu bersaing dengan motosikal power cruiser tawaran pengeluar lain seperti Harley-Davidson, Indian, dan juga Ducati. Masanya juga amat bersesuaian sekali, kerana BMW baharu sahaja membuat usikan dengan enjin Boxer 1,800cc baharu,
Kami harap yang projek Rocket III baharu ini akan dilaksanakan.