- Model Harley-Davidson LiveWire akan dilengkapkan dengan suspensi Showa dan brek Brembo yang canggih.
- “The Motor Company” ini sedar akan apa yang diharapkan oleh para pelanggan daripada sebuah motosikal berprestasi tinggi.
- Motosikal Harley-Davidson LiveWire akan mula disediakan bermula tahun 2019.
Pengilangan motosikal Harley-Davidson LiveWire yang bakal membuat kemunculan ini sudah pasti akan meyakinkan mereka yang bimbang akan motosikal elektrik terasa seperti kart golf. Ini kerana “The Motor Company” telah mengumumkan yang model LiveWire akan dilengkapi dengan brek dan suspensi yang canggih.
“Sewaktu kami mengusahakan ‘Project LiveWire’ ini, maklum balas yang kami terima cukup jelas sekali: pelanggan mahukan sebuah motosikal yang sejati,” ujar Marc McAllister, Naib Presiden Perancangan Produk dan Portfolio di Harley-Davidson. “Mereka tidak sanggup mengkompromikan perasaan penunggangan untuk sebuah kenderaan elektrik. Kami perlu bangunkannya seperti ianya sebuah motosikal terlebih dahulu. Bagi memberikan prestasi yang mampu dikecapi motosikal ini, kami memilih untuk melengkapkannya dengan suspensi Showa, brek Brembo, dan yang lain-lain, untuk memberikan pengalaman penunggangan yang diharapkan orang ramai.”
Penglibatan Harley-Davidson bersama Showa dan Brembo bukanlah sesuatu yang baharu. Model touring pengeluar berkenaan menggunakan fork ‘Dual Bending Valve’ Showa, beserta unit ABS Reflex.
Bagi model LiveWire ini, Harley-Davidson akan melengkapkannya dengan fork ‘Separate Function Big Piston’ (SFF) Showa, dan penyerap hentakan belakang ‘Showa Balanced Free Rear Cushion-lite’. Tugas pembrekan akan dikendali oleh angkup Monobloc Brembo. Suspensinya akan boleh dilaras sepenuhnya.
Dari segi elektronik, motosikal ini akan didatangkan empat mod kuasa, di samping tiga mod yang boleh dilaras pengguna.
Harley-Davidson bercadang untuk menominasikan 250 buah pengedar motosikal elektrik pada tahun hadapan.
Pandangan Pertama: Motosikal Cruiser Elektrik Harley-Davidson LiveWire 2019!