- Ketua Pegawai Eksekutif KTM, Stefan Pierer, telah menyatakan hasratnya untuk memperoleh Ducati dalam satu temuramah.
- Dia telah pun mempunyai rancangan bagi membolehkan kedua-dua jenama bekerjasama.
- Ianya sudah pasti amat menarik sekali untuk menyaksikan sama ada KTM berjaya membeli Ducati dari VW.
Nampaknya, semua orang ingin memiliki Ducati semenjak Volkswagen Group mengatakan yang jenama itu mungkin sekali akan dijual. Kini, Ketua Pegawai Eksekutif KTM, Stefan Pierer, telah menyuarakan minatnya.
Dalam satu temuramah bersama dengan sebuah penerbitan dari Jerman, Speedweek, Pierer telah menyuarakan keinginannya untuk memiliki jenama terkemuka dari Itali tersebut. Dia juga turut meluahkan beberapa buah idea tentang bagaimana Ducati boleh disuaikan dalam strategi KTM.
Perbualan ini bermula dengan keinginannya untuk menjadikan KTM sebagai pengeluar motosikal berkapasiti besar ketiga terbesar dunia di belakang Honda dan Yamaha.
Ianya satu kenyataan yang berani, memandangkan pasaran motosikal dunia yang sensitif, namun, ianya bukan sekadar omong kosong. KTM adalah salah sebuah daripada sejumlah kecil jenama yang berjaya mengekalkan rekod kepesatan yang mampan. Husqvarna, yang kini dimiliki oleh pengeluar dari Austria berkenaan turut menyaksikan kebangkitan semula di bawah Pierer.
Jadi, apakah maknanya bagi Ducati untuk menyertai KTM? Pertamanya, jenama dari Itali ini sudah pasti akan berasa selesa bersama dengan sebuah jenama yang arif mengenai motosikal, dan bukannya sekadar hanya diperah seperti sebuah instrumen kewangan.
Sebaliknya, Pierer telah berkata bahawa dia menggambarkannya sebagai sebuah industri automotif yang merintis “strategi platform” (membina model-model berlainan berasaskan kepada sebuah enjin atau kerangka). “Pada hari ini, enjin dan casis telah dibina agak mirip satu sama lain bagi kedua-dua KTM dan Husqvarna, tetapi, dalam syarikat ini, kami tidak bersaing menentang satu sama sendiri,” tambah Pierer. Ianya masuk akal kerana menawarkan dua jenama akan meningkatkan lagi kekerapan pelanggan.
Namun begitu, bagaimanakah Ducati akan disuaikan sebagai sebuah platform untuk KTM? Adakah sebagai enjin Desmo LC8? Atau enjin 75º ‘V-Twin’ dalam motosikal Ducati? Identiti dan tradisi peribadi ini tidak akan dapat dicampur aduk begitu sahaja. Kita juga belum lagi menyentuh tentang perusahaan perlumbaan kedua-dua jenama ini. Tetapi, jika difikirkan kembali, KTM mungkin sahaja mampu memanfaatkan sebarang pembangunan yang telah diusahakan oleh Ducati dalam kejohanan MotoGP.
Ianya sudah pasti amat menarik sekali SEKIRANYA Pierer berjaya menambah Ducati di bawah naungan mereka.
Sumber: Asphalt & Rubber