Harga Proton X70 diumumkan – Dari RM99,800!

Setelah sekian lama model pertama SUV dari Proton telah dipratontonkan, Proton kini telah mengumumkan harga rasmi bagi model Proton X70 iaitu dari RM99,800 hingga RM123,800 (harga atas jalan tanpa insurans). Tempahan bagi model premium SUV ini telah pun dibuka sejak bulan Oktober dan para pelanggan boleh membuat pilihan dari empat varian berbeza.

Empat varian tersebut adalah Standard 2WD, Executive 2WD, Executive AWD dan Premium 2WD. Kesemua model Proton X70 akan menggunakan enjin 1.8-liter TGDI (Turbo Gasoline Direct Injection yang mampu menjana sebanyak 181hp dan 285Nm tork maksimum. Terdapat lima pilihan warna luaran berbeza iaitu Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Cinnamon Brown dan Flame Red.

Dengan harga yang ditawarkan oleh Proton, para pemilik juga boleh menikmati sistem interaktif dan inovatif yang bernama GKUI atau Sistem Maklumat Kokpit Bersepadu. Sistem yang hanya terdapat pada varian tertinggi Premium 2WD menawarkan pelbagai fungsi-fungsi menarik dalam pemberian maklumat berkenaan keselamatan, prestasi dan juga cici-ciri sambungan melalui aplikasi dan teknologi canggih.

Bagi sistem GKUI terkini, varian tertinggi Proton X70 menawarkan pelbagai fungsi-fungsi menarik kepada para pengguna dan pihak Proton telah pun memberi maklumat yang penting lagi menarik berkenaan keselamatan, prestasi dan juga cici-ciri sambungan melalui aplikasi dan teknologi canggih.

Skrin sentuh 8-inci yang terdapat di dalam Proton X70 ini telah dipertingkatkan lagi dengan lima aplikasi yang menawarkan perkhidmatan seperti radio dan muzik dalam talian, navigasi, ramalan cuaca dan pengecaman suara melalui kad eSIM yang akan didaftarkan untuk para pemilik dalam proses pembelian.

Ciri-ciri menarik yang akan terdapat pada Proton X70 ini ialah:

  • Sistem kemaskini OTA (Over-the-Air)
  • Sembilan pembesar suara termasuk ‘power amplifier’ dan ‘subwoofer’
  • 6 port USB (termasuk satu di atas cermin sisi belakang untuk menyambung kamera video)
  • Sistem keselamatan pasif, aktif, dan maju
    • Pasif – struktur rangka kenderaan yang kuat
    • Aktif – kawalan kestabilan elektronik (Bosch 9.1, ABS, EBD, BA, TCA, HHA dan HDC)
    • Maju – 5 kamera, 20 sensor dan radar untuk model premium yang dilengkapi dengan ‘Advanced Driver Assistance System’
    • Brek kecemasan kendiri (Automatic Emergency Braking)
    • Amaran perlanggaran depan (Front Warning Collision)
    • Kawalan memandu adaptif (Adaptive Cruise Control)
    • Sistem maklumat titik buta (Blind Spot Information System)
  • Kawalan lampu hadapan pintar (Intelligent High Beam ControlEnjin 1.8-liter TGDI (Turbo Gasoline Direct Injection) dengan 181 kuasa kuda dan 285Nm tork
  • Tiga mod memandu (Normal, Eco dan Sport)

Untuk maklumat lanjut berkenaan SUV pertama dari Proton, sila layari www.proton.com/ProtonX70.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]