Azlan Shah Sertai Asia Superbike 1000 (ASB1000) Pada Tahun 2019

  • Juara bertahan MSBK, Azlan Shah Kamaruzaman akan menyertai Asia Superbike 1000 (ASB1000) pada tahun 2019.
  • Dia akan menyertai pasukan ONEXOX TKKR Racing Team.
  • ASB1000 adalah kelas premier dalam siri kejohanan FIM Asia Road Racing Championship.

Juara bertahan Malaysia Superbike (MSBK), Azlan Shah Kamaruzaman, akan bertanding dalam kategori Asia Superbike 1000 (ASB1000) pada tahun 2019.

Kategori ASB1000 ini merupakan kelas premier bagi siri perlumbaan FIM Asia Road Racing Championship (ARRC). Peraturan kelas ini secara amnya berasaskan kepada siri perlumbaan World Superstock 1000.

Azlan bakal menyertai pasukan ONEXOX TKKR Racing Team. Penunggang berusia 34 tahun itu akan mengemudi jentera BMW S 1000 RR.

“Azlan merupakan salah seorang penunggang terbaik di Malaysia pada masa ini. Ini amat menakjubkan bagi saya yang dianya masih belum diambil oleh mana-mana pasukan pengilang lagi, jadi kami telah merebut peluang yang ada untuk mendapatkan khidmat seorang penunggang yang berkaliber tinggi untuk pasukan kami,” ujar Bobie Farid, Ketua Pasukan ONEXOX TKKR Racing Team.

“Tidak ada penunggang lain yang dapat menandingi pengalaman yang ada pada Azlan,” kata Bobie, merujuk kepada kerjaya Azlan yang panjang dan dipenuhi dengan pelbagai pencapaian yang bermula dari kejohanan Malaysian Cub Prix Championship, sehinggalah ke kemuncak Asia Road Racing Championship, dan begitu juga dengan pengalamannya dalam kelas Moto2 dalam siri kejohanan MotoGP.

Pasukan ONEXOX TKKR Racing Team adalah sebuah pasukan yang amat aktif dalam persada perlumbaan motosikal tempatan. Pada tahun 2019 yang akan datang, mereka akan menampilkan pelumba dalam setiap kelas bagi kejohanan Malaysian Cub Prix Championship dan juga untuk ARRC. Pasukan ini juga sedang mempertimbangkan untuk menyertai kejohanan Spanish National Championship (CEV).

MSC – Azlan Shah Dan Chia PJ Kawasaki Ditabalkan Juara Superbike!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]