Shell Malaysia MotoGP 2018: Alex Rins Dan Suzuki Terpantas Pada Hari Jumaat

  • Alex Rins dan Suzuki merupakan yang terpantas selepas FP2 pada hari Jumaat.
  • Keputusan yang memberangsangkan ini telah diperolehi mereka walaupun jentera Rins telah mengalami kebakaran di lorong pit semalam.
  • Kedua-dua sesi FP1 dan FP2 berlangsung dalam keadaan cuaca kering.

Jentera Suzuki tunggangan Alex Rins mungkin telah mengalami kebakaran semalam sewaktu pusingan Shell Malaysia MotoGP 2018, namun ianya jelas sekali bukannya satu halangan.

https://www.facebook.com/1951637435095859/videos/495199797650245/?t=5

Rins bersama dengan jenteranya itu telah berjaya mencatat masa terpantas selepas FP2 (Free Practice 2) dengan catatan masa di bawah paras 2:00.00. Dia berjaya mencatatkan masa 1:59.608, 0.089 saat lebih pantas berbanding Andrea Dovizioso dari pasukan Ducati MotoGP, dan 0.093 saat di hadapan Marc Marquez dari pasukan Repsol Honda Team.

Para penunggang MotoGP cukup bernasib baik dapat menghindari banjir yang besar pada sebelah petangnya, membolehkan para penunggang untuk mencatatkan masa yang memberangsangkan dalam kedua-dua FP1 dan FP2. Dovizioso telah mencatatkan masa pusingan terbaiknya dalam sesi pertama.

Juara Dunia MotoGP yang baharu sahaja ditabalkan, Marc Marquez mengalami hari yang cukup gila-gila setelah beberapa kali berjaya menyelamatkan diri dan jenteranya daripada terbabas.

Valentino Rossi telah mengemudi jentera Yamaha YZR-M1 yang bertambbah baik itu dan menduduki catatan masa keempat terpantas, hanya 0.159 saat di belakang Rins. Catatan masa penunggang dari Itali itu bermakna ada empat buah pengilang yang berbeza menduduki empat tempat teratas. Catatan masa terpantas Rossi (1:59.767) telah dilakukannya dalam FP1 di mana dia menamatkan sesi sebagai penunggang kedua terpantas.

Di belakang Rossi, Jack Miller merupakan penunggang pertama yang mencatatkan masa di bawah 2:00.00. Penunggang dari Australia itu merangkul tempat kelima setelah mencatatkan masa pusingan 1:59.771 sewaktu FP2.

Akhir sekali, teman sepasukan Rossi, Maverick Viñales memperbaiki catatan masa FP1-nya dan mencatatkan masa pusingan 1:59.802, meletakkannya di tempat keenam.

Dengan ini, enam penunggang terpantas dipisahkan hanya dengan jurang masa di bawah satu saat.

Hafizh Syahrin telah berdepan dengan satu hari yang cukup mencabar. Dia berada di tempat ke-17 pada FP1 dan tempat ke-20 sewaktu FP2. Penunggang harapan negara ini berazam untuk memperbaiki kedudukannya dalam kategori penunggang rookie.

Sesi FP3 yang akan diadakan esok adalah peluang terakhir ke semua penunggang untuk memperbaiki catatan masa dan sepuluh penunggang terpantas akan mendapat kelayakan automatik untuk Q2 (Qualifying 2). Penunggang yang selebihnya akan bersaing dalam Q1, dan dua penunggang terpantas dari sesi itu akan dapat menyertai Q2 untuk merebut tempat atas grid dari Petak Pertama hinggalah ke-12.

Jadi, ya, sesi Latihan Bebas ini sama pentingnya dengan sesi kelayakan akhir.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]