- Pusingan Moto2 2018 di Australia menyaksikan Brad Binder (Red Bull KTM Ajo) berjaya merangkul kemenangannya yang ketiga pada musim ini.
- Joan Mir (EG 0,0 Marc VDS) dan Xavi Vierge (Dynavolt Intact GP) melintasi garisan penamat di tempat yang ke-dua dan ke-tiga.
- Persaingan untuk merebut takhta kejohanan Moto2 akan diteruskan di Sepang di antara Francesco Bagnaia (SKY Racing Team VR46) dan teman sepasukan Binder, Miguel Oliveira.
Selepas perlumbaan Moto3 yang menakjubkan di Michelin Australian Motorcycle Grand Prix di Phillip Island, giliran para penunggang Moto2 pula untuk menghangatkan suasana di mana pertarungan untuk kejohanan 2018 mungkin akan ditentukan pada hari ini di antara Francesco Bagnaia (SKY Racing Team VR46) dan Miguel Oliveira (Red Bull KTM Ajo).
Namun, ianya teman sepasukan Oliveira, Brad Binder, yang telah berjaya merangkul kemenangannya yang ketiga pada musim ini setelah satu pertarungan kelompok hadapan yang mengujakan dengan beberapa orang penunggang berprofil tinggi yang lain. Penunggang berusia 23 tahun kelahiran Afrika Selatan itu berdiri megah di tempat teratas podium sewaktu lagu kebangsaan negaranya berkumandang, di mana dia disertai oleh Joan Mir (EG 0,0 Marc VDS) di tempat ke-dua dan Xavi Xierge (Dynavolt Intact GP) di tempat yang ke-tiga.
Ia tampak jelas sekali sepanjang hujung minggu ini bahawa Brad Binder akan mendapat keputusan yang baik pada perlumbaan hari ini namun tatkala perlumbaan memasuki beberapa pusingan yang terakhir, beberapa orang penunggang tampak seperti tidak dapat mengejar atau telah melakukan kesilapan akibat tekanan, namun Binder mampu mengekalkan rentaknya bagi merangkul kemenangan ke-49 dalam kerjayanya. Pertarungannya cukup sengit dan panjang, sepanjang perlumbaan ini, di antara tiga penunggang terpantas.
Tumpuan juga turut diberikan pada pertarungan antara Miguel Oliveira dan Francesco Bagnaia, di mana mereka hanya mampu menamatkan perlumbaan di P11 dan P12. Ini bermakna persaingan untuk kejohanan Moto2 2018 akan diteruskan pada pusingan yang berikutnya di Litar Antarabangsa Sepang bagi pusingan “Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix” yang akan berlangsung dari 2 hingga 4 November 2018.
Sumber imej: MotoGP
Moto3 Phillip Island 2018: Albert Arenas Memenangi Perlumbaan Yang Mengujakan Di Phillip Island