Inilah BMW X7 yang pertama di dunia!

Tuan-tuan dan puan-puan, mempersembahkan BMW X7 pertama di dunia yang menggabungkan karisma, eksklusiviti dan kelapangan sebuah model mewah bersama sifat-sifat memandu yang lincah dan serba boleh sebuah Kenderaan Aktiviti Sukan atau ‘Sports Activity Vehicle’ (SAV).

Menurut BMW, pengeluaran dan pelancaran rasmi akan diadakan mulai Mac 2019 dimana reka bentuk sebuah kenderaan eksklusif telah digabungkan dengan elemen ruang yang luas lagi selesa. Dari segi dimensi, BMW X7 adalah 5,151mm panjang, 2,000mm lebar dan 1,805mm tinggi yang merangkumi 7 tempat duduk yang mewah dan juga selesa.

Ini menunjukkan reka bentuknya yang jelas dan tepat merangkumi bahagian depan yang menyerlah bersama tingkap ‘besar, pelepasan tanah tinggi, bumbung yang panjang dan ‘tailgate’ dua bahagian. Terdapat juga penggunaan unsur krom yang luas pada X7 baharu dimana pakej lampu depan LED adalah standard tetapi jika anda inginkan sesuatu yang lebih eksklusif, pilihan BMW Laserlight turut disediakan.

Terdapat 7 tempat duduk yang dibahagikan kepada tiga baris di bahagian dalaman dimana barisan tengah diberi pilihan dua tempat duduk yang lebih selesa dan luas sebagai pilihan. Tempat duduk barisan ketiga juga telah dimantapkan lagi dengan kelengkapan seperti sandaran tangan, pemegang cawan/botol dan port USB.

Seperti yang dinyatakan oleh BMW, kesemua tempat duduk dalam BMW X7 ini boleh dilaraskan secara automatik dengan penggunaan suis elektrik. Kesemua tempat duduk juga didatangkan dengan kulit trim jenis Vernasca sebagai pilihan standard. Ruangan simpanan belakang juga boleh dilaraskan dari 326 liter sehingga 2,120 liter jika anda melipat kerusi-kerusi barisan kedua dan ketiga.

Terdapat empat varian berbeza yang akan dipasarkan di serata dunia iaitu:

  • BMW X7 xDrive40i – 2,998cc enam silinder (340hp dan 450Nm tork)
  • BMW X7 xDrive50i – 4,395cc V8 (462hp dan 650Nm tork)
  • BMW X7 xDrive30d – 2,993cc enam silinder diesel (265hp dan 620Nm tork)
  • BMW X7 M50d – 2,993cc enam silinder diesel (400hp dan 760Nm tork)

Spesifikasi-spesifikasi menarik yang lain termasuk:

  • Transmisi lapan-kelajuan Steptronic
  • Pilihan pakej ‘Off-Road’ untuk mod memandu xSand, xGravel, xRocks atau xSnow
  • Sistem memandu canggih dan terkini seperti Kawalan Memandu Aktif dengan fungsi ‘Stop and GO; dan banyak lagi
  • BMW Live Cockpit Professional dengan BMW Operating System 7.0
  • BMW Intelligent Personal Assistant

Untuk maklumat lanjut, terpaksalah tunggu dan lihat kemunculan rasmi yang akan diadakan pada Mac 2019.

BMW F 850 GS 2018 Diperkenalkan Di BMW Motorrad Nightfuel Johor Bahru

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply