Pemandu Yang Melanggar Nicky Hayden Didapati Bersalah

Hakim dalam kes kemalangan Nicky Hayden telah menyabitkan pemandu kereta yang telah melanggar Nicky Hayden dengan kesalahan homisid.
Pemandu berkenaan telah dijatuhkan hukuman penjara setahun, lesennya ditarik balik dan perlu menanggung kos mahkamah.
Keluarga Hayden juga akan meneruskan dengan saman sivil berjumlah $6 juta terhadap pemandu tersebut.

Sudah lebih dari setahun tempoh berlalu sejak kematian Nicky Hayden akibat dilanggar oleh sebuah kereta sewaktu dia sedang menunggang basikal di pinggiran Litar Misano di Itali.

Juara MotoGP 2006 Nicky Hayden Terlibat Dalam Kemalangan Jalanraya

Kehilangannya masih lagi dirasai di seluruh dunia, dan di mana kebanyakan daripada kita telah meneruskan dengan kehidupan, prosiding undang-undang yang berkaitan dengan kes ini telah diteruskan di Itali.

Kini, mahkamah di Itali telah menyabitkan pemandu kereta yang telah melanggar Nicky Hayden dengan kesalahan homisid.

Pemandu yang berusia 31 tahun tersebut telah didapati bersalah dan akan dikenakan hukuman penjara satu tahun, penarikan balik lesen memandunya, dan perlu membayar segala kos mahkamah.

Mahkamah telah mendapati bahawa pemandu tersebut telah memandu pada kelajuan 70km/j di zon kelajuan 50km/j. Mereka bertanggapan bahawa pemandu tersebut mampu mengelakkan kemalangan tersebut sekiranya dia memandu dalam had laju yang telah ditetapkan, tidak kiralah sama ada Hayden gagal berhenti di papan tanda hentinya itu.

Hakim dijangka akan menerangkan pertimbangan keputusannya itu dalam masa 90 hari.

Terdapat dua kes yang telah difailkan di mahkamah. Yang pertama adalah prosiding jenayah dan yang berikutnya adalah saman sivil.

Keluarga pemandu berkenaan akan membuat rayuan di mahkamah jenayah.

Keluarga Hayden juga sedang mengemukakan saman sivil berjumlah $6 juta terhadap pemandu tersebut. Jumlah ini adalah jumlah maksimum yang dibenarkan oleh polisi insurans Itali.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]