Motosikal Apakah Menjadi Tunggangan Pilihan Deadpool?

  • Ryan Reynolds, bintang filem yang melakonkan watak Marvel Comic, Deadpool, adalah seorang penunggang motosikal tegar.
  • Dia meminati motosikal buatan khas dan café racer.
  • Dia menghilangkan tekanan dengan menunggang motosikalnya.

Jadi, ianya bukanlah Deadpool sendiri, tetapi bintang filem yang melakonkan watak anti-hero tersebut yang merupakan penunggang motosikal tegar.

Ryan Reynolds telah berkecimpung dalam industri lakonan sejak tahun 1991 lagi, dan francais Deadpool inilah yang melonjakkan namanya sebagai pelakon ‘A-list’. Ryan pernah mendedahkan dalam beberapa buah temuramah yang dia lebih menggemari motosikal berbanding kereta.

Watak lakonannya dalam filem “The Hitman’s Bodyguard” juga telah mempamerkan aksi di atas sebuah Triumph Speed Triple.

https://youtu.be/50zZlCikIX4

Bercakap dengan Men’s Health, Ryan berkata, “Saya suka hakikat yang apabila anda berada di atas motosikal, menunggang motosikal adalah satu-satunya perkara yang anda sedang lakukan.” Nasihat baik tentang bagaimana untuk menenangkan diri setelah sibuk seharian dengan kerja dan tanggungjawab keluarga.

Jadi, marilah kita lihat apa yang ada dalam koleksi Ryan Reynolds.

Triumph Thruxton buatan khas

Motosikal Triumph Thruxton milik Reynolds ini adalah salah sebuah motosikalnya yang paling dikenali dan dia telah memainkan peranan yang besar dalam proses pengkhususannya. Triumph ingin menghadiahkan motosikal tersebut kepada Ryan, namun, dia inginkan Kott Motorcycles dari Los Angeles untuk membinanya supaya kelihatan seperti model Thruxton lama.

Saksikan filem pendek di bawah bertajuk “Invite the Unexpected”.

Triumph 650 1964 buatan khas – “Nine O’ Clock Gun”

“Nine O’ Clock Gun” adalah meriam tentera laut yang ditembak pada setiap malam, pada jam 9 malam, di bandar kelahirannya di Vancouver, Canada. Ianya direka dan dibina oleh Factory Metal Works.

Triumph Bonneville dan Triumph Tiger

Reynolds telah mendapatkan motosikal Bonneville moden dan model Tiger klasik (bukannya motosikal kembara Tiger 800 atau Tiger 1200) sekitar tahun 2005.

Jika ianya tidak cukup jelas lagi, Reynolds amat menggemari motosikal café racer, jadi kedua-dua buah model ini adalah pilihan pertamanya kerana dia boleh mengkhususkannya sendiri.

Bercakap dengan laman sesawang mikro gaya hidup Triumph, “For the Ride”, dia memberitahu bahawa, “Tidak ada banyak perkara material dalam hidup ini yang anda boleh anda laburkan, namun dengan motosikal, ianya lebih kepada pelaburan emosi. Saya telah menghabiskan banyak masa, tenaga, dan idea dalam pembikinan Bonnie saya ini.”

Dan dia gemar menunggang Bonnevillenya itu, “Motosikal Bonneville saya adalah sebuah motosikal yang telah membawa saya dengan selamat merentasi negara sekurang-kurangnya sebanyak tiga kali dan tiada galang ganti bagi perasaan tersebut sepanjang perjalanan jarak jauh yang saya tempuhi.”

Ducati Paul Smart Edisi Terhad

Reynolds telah dilihat menunggang sebuah motosikal Ducati Paul Smart Edisi Terhad, pengganti buat motosikal Ducati 750 Imola 1972 yang dibina bagi memperingati kemenangan Paul Smart sewaktu perlumbaan Imola 200 yang amat bersejarah.

Walaupun koleksinya tidaklah segah koleksi milik Jay Leno, siapa tahu, suatu hari nanti ia akan bertambah besar.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]