MV Agusta Persembahkan Dragster 800 RR Pirelli

  • Motosikal MV Agusta Dragster 800 RR Pirelli adalah sebuah model edisi terhad.
  • Ia dilengkapi dengan pelbagai ciri yang memberi hormat kepada pengeluar tayar terkemuka dari Itali tersebut.
  • Tiada sebarang berita mengenai jumlah yang akan dikeluarkan dan harganya.

MV Agusta cukup terkenal kerana sering kali hadir dengan motosikal edisi terhad yang amat menakjubkan. Dan untuk kali ini, mereka telah tampil dengan sebuah model yang cukup menggiurkan. Mempersembahkan, model MV Agusta Dragster 800 RR Pirelli!

MV Agusta sering berada jauh di hadapan dari segi reka bentuk motosikal dan motosikal Dragster 800 RR ini adalah hasil falsafah berkenaan. Bagaimana pun, motosikal ini bagaikan merayu untuk dikhususkan walaupun tampak hebat secara standard (terutamanya ekzos yang dipangkas itu).

Di satu sudut yang lain, pengeluar tayar terkemuka, Pirelli, juga terkenal kerana gaya mereka, jadi, sepadanlah kedua-dua jenama dari Itali ini bekerja sama menghasilkan sebuah motosikal.

Projek ini bermula dengan motosikal yang dianggap sebagai kanvas dan diterapkan dengan perubahan kosmetik ke atasnya. Terdapat dua buah model, satu dalam kemasan warna hitam dan kuning, dan satu lagi dalam warna putih dan biru.

Kedua-dua buah model ini dihasilkan sebagai tanda penghormatan kepada jenama Pirelli, dan oleh kerana itu, terdapat pelbagai ciri bermotifkan Pirelli yang diterapkan pada keseluruhan motosikal.

Sebagai contoh, pad tangki bahanapi, pelana pembonceng, dan cecincin gugusan instrumen telah dihiasi dengan corak bunga tayar ala halilintar Pirelli Supercorsa SP. Tiga tip ekzosnya juga telah disadur dengan cat seramik istimewa.

Hiasan kosmetik yang lain termasuklah kerangka trellis saduran warna kuning atau biru, stensil Pirelli yang ketara, logo Diablo di atas tangki, vinil pada rim, dan tayar Supercorsa SP yang digaris dan ditanda khas.

Buat masa ini, tiada sebarang khabar berkenaan jumlah model MV Agusta Dragster 800 RR Pirelli yang akan dihasilkan, mahu pun harganya. Kami juga tertanya-tanya sama ada ianya akan membuat kemunculannya di tanah air kita, memandangkan keadaan DNC Asiatic (Demak) sekarang.

Penutupan Demak: Apakah Yang Sebenarnya Telah Terjadi Kepada Pembina Motosikal Malaysia Ini?

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]