Panggilan Semula Keselamatan Buat Kawasaki Ninja H2 SX SE Dan Kawasaki Ninja H2 SX

  • Kawasaki telah mendapati bahawa tongkat tengah bagi model Ninja H2 SX SE serta Ninja H2 SX longgar, berkemungkinan akibat kimpalan yang kurang sempurna.
  • Dan oleh kerana itu, mereka telah memfailkan panggilan semula keselamatan dengan badan NHTSA di Amerika Syarikat.
  • Kedua-dua buah model ini belum lagi tiba di pasaran Malaysia buat masa ini, dan isu ini dijangka akan diselesaikan sebelum ia memasuki pasaran negara.

Model Kawasaki Ninja H2 SX SE dan Ninja H2 SX belum lagi membuat kemunculannya di tanah air kita tetapi ia sudah terlibat dengan satu kempen panggilan semula keselamatan, bermula dengan pasaran Amerika Syarikat.

Berita baiknya, masalah ini sudah pasti akan diperbetulkan sewaktu ianya memasuki pasaran Malaysia.

Panggilan semula keselamatan ini telah difailkan kepada NHTSA (National Highway Traffic Safety Administration) di Amerika Syarikat.

Isu timbul apabila tongkat tengah motosikal (yang kita gelar sebagai “full stand”) yang longgar. Panggilan semula keselamatan ini menjejaskan ke semua 350 unit Ninja H2 SX SE yang telah dijual di Amerika Syarikat. Kempen ini juga melibatkan model Ninja H2 SX kerana tongkat tengah tersebut telah ditawarkan bagi model berkenaan sebagai pilihan selepas jualan.

Kawasaki telah mendapati yang pin tongkat tengah mungkin telah dikimpal dengan kurang kemas, menyebabkannya untuk bergerak atau tertanggal sama sekali. Akibatnya, ianya menyebabkan spring yang memegang tongkat tengah tersebut untuk tertanggal, dan dengan itu, mengakibatkan tongkat tengah terjatuh ke tanah.

Kemungkinan perkara ini berlaku sewaktu penunggangan menyebabkan panggilan semula keselamatan ini telah dibuat.

Lima Perkara Yang Boleh Dijangka dari Kemunculan Kawasaki Ninja H2 SX

Motosikal Kawasaki Ninja H2 SX dan motosikal berspesifikasi lebih tinggi, Ninja H2 SX SE adalah model sport-tourer cas lampau yang mengambil ilham daripada motosikal cas lampau Ninja H2 dan Ninja H2R yang hebat. Pengeluarnya mendakwa mampu menghasilkan 201hp dan lebih daripada 137Nm tork. Diperkenalkan buat kali pertamanya sewaktu pertunjukan EICMA 2017, motosikal-motosikal mula dikilangkan pada tahun ini.

Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. (KMSB) telah mengumumkan sebelum ini yang model-model akan mula dibawa masuk pada suku kedua/bulan Mei tahun ini, namun pelan itu telah ditunda.

Kemunculan Sulung Kawasaki Ninja H2 SX 2018 Di Malaysia Pada Bulan Mei – RM150,000?

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]