Yamaha NVX Edisi GP 2018 diperkenalkan – RM10,606!

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah memperkenalkan varian terbaharu bagi model skuter 155cc Yamaha NVX mereka iaitu Yamaha NVX edisi GP 2018. Yamaha NVX edisi terhad ini dilancarkan sempena penyertaan mereka di dalam kejohanan sukan permotoran MotoGP.

Edisi istimewa ini didatangi dengan warna biru Yamaha yang khas digunakan pada jentera Yamaha YZR-M1 yang kini ditunggani oleh Valentino Rossi dan Maverick Vinales. Seperti yang tertera di dalam gambar-gambar, warna ini nampaknya amat sesuai dengan rupa bentuk ‘sporty’ skuter Yamaha NVX ini.

Inginkan lebih keistimewaan? Bagi setiap pembelian Yamaha NVX edisi GP 2018, pemilik jentera juga akan menerima jaket eksklusif Yamaha NVX edisi GP serta sijil pemilikan kenderaan edisi terhad ini. Jika berminat, model ini boleh didapati di semua pengedar rasmi Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mulai 21 September 2018.

Dari segi harga, model edisi terhad ini hanya RM700 lebih dari model Yamaha NVX yang biasa. Harga pasaran dengan cukai SST tanpa insurans bagi Yamaha NVX adalah RM9,906 manakala Yamaha NVX edisi GP 2018 boleh dimiliki dengan harga RM10,606.

Untuk maklumat lanjut, layari www.yamaha-motor.com.my atau kunjungi laman utam Facebook mereka di www.facebook.com/Hong-Leong-Yamaha.

Yamaha Memfailkan Paten Transmisi “Seamless” Bagi YZF-R1