- Jangan biarkan kekangan kewangan menghalang anda daripada mengejar impian.
- TOC Automotive College menawarkan pinjaman kewangan kepada mereka yang ingin mendaftar Kursus Juruteknik Superbike.
- Pinjaman pendidikan Program Bina Bakat TOC membolehkan pelajar untuk tidak membayar semula pinjaman sehinggalah mereka bekerja.
Pendidikan boleh disamakan seperti menggunakan payung sewaktu hujan. Ia melindungi anda dari segala cabaran kehidupan dan menyediakan anda dengan kemahiran yang perlu bagi menangani sebarang situasi. Sebuah program persijilan membolehkan anda melakukan perkara tersebut, dan sering kali membolehkan anda mengejar impian anda.
TOC Automotive College telah memperkenalkan Kursus Juruteknik Superbike baru-baru ini, sebuah kursus pakar yang bertujuan untuk melengkapkan bakal mekanik motosikal dengan pensijilan dan pengetahuan yang sesuai bagi membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan. Kursus ini juga bertujuan untuk memberikan satu bentuk latihan professional atau pensijilan buat mekanik motosikal, yang mana sebelum ini kebanyakan daripada mereka bergantung pada pembelajaran secara tidak formal yang diperolehi dari rakan atau ahli keluarga.
Ianya jelas sekali bahawa industri ini kekurangan mekanik motosikal yang bertauliah. Dalam satu temu bual bersama pengurus bahagian selepas jualan GB Workshop, Encik Idon Pang, dia telah menyatakan bahawa industri ini kekurangan ‘jurutera’ yang terlatih dalam pengendalian motosikal moden.
“Terdapat satu jurang yang besar antara teknologi motosikal semasa dengan mereka yang bertauliah untuk mengendalikan dan menyelenggara teknologi ini atau menambah baiknya. Jurang itu cukup besar sekali,” terang Idon.
Bekerja Dengan Juruteknik Bertauliah: Pandangan Seorang Majikan
TOC Automotive College ingin menangani masalah kekurangan bakat professional dalam industri dengan Kursus Juruteknik Superbike. Namun, menyedari hakikat yang kursus pensijilan boleh menelan belanja yang besar, TOC Automotive College kini menawarkan satu pinjaman pendidikan unik bergelar Program Bina Bakat TOC.
Program Bina Bakat TOC menawarkan pinjaman sehingga 100% buat pelajar yang ingin mengikuti kursus di TOC Automotive College. Para remaja yang layak menerima pinjaman ini tidak perlu membayar semula pinjaman pendidikan ini sehinggalah mereka mulai bekerja dan mendapat gaji.
Adakah anda ingin mengejar minat anda dalam motosikal, memulakan sebuah kerjaya yang membolehkan anda mengejar impian anda? Tekanlah pautan di bawah bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Kursus Juruteknik Superbike ini dan juga pinjaman pendidikan Program Bina Bakat.
Jadi tunggu apa lagi? Jika impian anda selama ini adalah untuk bekerja dalam bidang berkaitan perkhidmatan motosikal, atau anda ingin membuka bengkel motosikal anda sendiri, inilah platform sempurna untuk memulakan langkah anda bagi mengejar cita-cita tersebut. Jangan tunggu lagi, ketahuilah dengan lebih lanjut mengenai Kursus Juruteknik Superbike TOC di laman www.toc.edu.my, atau hubungi talian (+603) 7960 8833.
TEKAN SINI untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Kursus Juruteknik Superbike TOC.