Peugeot Malaysia umum harga baharu dengan cukai SST – harga TURUN!

Nasim Sdn Bhd (Peugeot Malaysia) telah mengumumkan harga baharu bagi model-model tawaran mereka di pasaran Malaysia yang kini telah dikemaskinikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan SST. Cukai SST sebanyak 10% ini telah pun bermula pada awal bulan September 2018.

Terdapat lima model tawaran Peugeot di dalam negara iaitu Peugeot 208, 2008, 3008 ACT, 3008 ALL dan 5008 ALL. Menurut harga baharu yang telah diumumkan oleh Nasim Sdn Bhd yang merupakan pengedar rasmi kenderaan Peugeot di Malaysia, kesemua model yang tertera di atas kini lebih rendah berbanding dengan harga jualan semasa Cukai GST dikuatkuasakan.

Berikut adalah senarai harga baharu bagi model-model Peugeot di dalam negara.

MODEL HARGA GST HARGA BAHARU + SST PERBEZAAN HARGA
208 RM87,245.17 RM86,888.00 RM357.17
2008 RM106,693.97 RM105,888.00 RM805.97
3008 ACT RM142,888.00 RM141,888.00 RM1,000.00
3008 ALL RM155,888.00 RM154,888.00 RM1,000.00
5008 ALL RM173,888.00 RM172,888.00 RM1,000.00

Kesemua harga yang tertera di atas merupakan harga atas jalan tanpan insurans. Jika anda lihat perbezaan harga, Cukai SST yang baharu ini telah menurunkan harga model-model tawaran dari RM357 sehingga RM1,000. Untuk maklumat lanjut, layari https://peugeot.com.my/.

Nasim Sdn. Bhd. Lancarkan SUV Peugeot 5008! Dari RM173,888! [+video]

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.