MotoGP: Petronas SIC Sahkan Barisan Penunggang Bagi Musim 2019!

  • Pasukan Petronas SIC MotoGP telah mengesahkan keseluruhan barisan penunggang mereka bagi musim 2019.
  • Untuk kelas MotoGP, Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo akan mengemudi jentera Yamaha YZR-M1.
  • Bagi kelas Moto2 dan Moto3 pula, Khairul Idham Pawi bersama dengan Ayumu Sasaki dan John McPhee akan membawa cabaran ke atas grid perlumbaan bagi musim 2019.

Sewaktu acara penyampaian utama tempoh hari bersempena dengan pusingan GoPro British Grand Prix di Litar Silverstone, pasukan Petronas SIC (Sepang International Circuit) telah mengesahkan keseluruhan barisan penunggang mereka bagi musim 2019. Ada beberapa buah kejutan yang telah didedahkan, jadi mari kita rungkaikannya.

 

Menggantikan pasukan Angel Nieto MotoGP yang mengundurkan diri, pasukan SIC Yamaha MotoGP yang baharu dibentuk telah mengumumkan bahawa mereka akan mendapat tajaan utama dari Petronas dalam kelas premier tersebut. Penunggang mereka pula adalah Franco Morbidelli dan Fabio Quartararo, di mana mereka akan mengemudi jentera pengilang Yamaha YZF-M1 spesifikasi-A dan spesikasi-B.

Bagi kelas Moto2, pasukan Petronas Sprinta Racing akan meneruskan usaha mereka bagi tahun 2019 dengan pelantikan penunggang kelas pertengahan negara, Khairul Idham Pawi. Pasukan Idemitsu Honda Team Asia telah berdepan dengan masalah pada musim ini dan dengan bantuan Petronas dan SIC, diharapkan dapat mengubah nasib Khairul pada musim 2019.

Bagi kelas Moto3, Ayumu Sasaki akan terus berlumba bagi pasukan Petronas Sprinta Racing, bersama dengan teman sepasukannya yang baharu, John McPhee. Usaha semasa mereka dalam kelas 250cc telah sekali sekala menjadi sebutan, namun, dengan kehadiran penunggang berpengalaman seperti McPhee, SIC berharap yang nama pasukan semakin menjadi buah mulut ramai.

Menurut Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Tan Sri Azman Yahya, ” Pembentukan pasukan ini melengkapkan program pembangunan sukan permotoran untuk SIC. Kami telah memulakan program ini empat tahun yang lalu dengan Moto3, memasuki Moto2 pada tahun ini, dan dalam tempoh masa 4 tahun kami telah berada dalam siri perlumbaan Asian Talent Cup, CEV Sepanyol, Moto3, Moto2, dan MotoGP, pencapaian pertama seadanya bagi mana-mana pasukan di seluruh dunia.”

“Impian untuk memiliki pasukan MotoGP ini dikongsi bukan sahaja sesama kami, tetapi, dengan jutaan peminat di Malaysia. Kami telah melihat sendiri sebagai pemilik litar sokongan untuk pusingan MotoGP Malaysia yang senantiasa bertambah baik sejak beberapa tahun yang lalu semenjak adanya penunggang negara dalam kategori yang lebih rendah dan kami jangkakan pada tahun ini, kami akan melebihi rekod pengunjung tahun lepas, sebanyak 150,000 sepanjang hujung minggu. Ini adalah sesuatu yang amat penting bagi kami sebagai pemilik litar,” ujar Tan Sri Azman.

Sumber imej: MotoGP

RCB Bekerjasama Dengan Petronas Sprinta Dan SIC Racing Team

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]