Kerajaan Batalkan Saman AES

Kamera AES – Sumber imej: NSTP/ASYRAF HAMZAH

Kerajaan akan membatalkan 3.1 juta saman AES (Automated Enforcement System).
Keputusan ini seiringan dengan pengambilalihan operasi AES oleh Jabatan Pengangkutan Jalan bermula 1 September 2018.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke menekankan yang ini adalah tawaran sekali sahaja.

Kerajaan telah mengumumkan yang mereka akan membatalkan saman pandu laju yang telah direkodkan oleh AES (Automated Enforcement System).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah membuat pengumuman tersebut sewaktu satu sidang akhbar semalam bersempena dengan keputusan kabinet untuk mengambil alih operasi AES dari dua syarikat swasta bermula 1 September 2018.

“Ini adalah tawaran satu kali sahaja,” ujar beliau, “Tidak akan ada lagi tawaran atau diskaun sebegini.”

Bagaimana pun, tiada bayaran semula akan diberikan buat mereka yang telah membayar saman AES mereka sebelum ini, yang mana Anthony Loke telah berkata, “Saya tahu ada antara mereka yang telah membayar saman mereka akan berasa tidak adil kerana kami telah membatalkan saman yang masih belum dibayar. Saya ingin mengucapkan terima kasih dan pada masa yang sama, minta maaf.”

Anthony Loke – Sumber imej: mole.my

Hanya 690,000 saman AES yang telah dibayar sejak tahun 2012, berbakikan 3.1 juta saman yang masih belum dibayar bernilai RM430 juta.

Perjanjian dengan operator semasa dijadualkan untuk ditamatkan pada 31 Ogos 2018, namun kerajaan tiada rancangan untuk memperbaharuinya. Sebaliknya, operasinya akan diambil alih oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). “Operasi” di sini bermaksud menangkap gambar dan mengeluarkan saman.

Keputusan untuk tidak meneruskan perjanjian konsesi dengan Beta Tegap Sdn. Bhd. dan ATES Sdn. Bhd. adalah kerana “sistem pembayaran kepada kedua-dua buah syarikat ini adalah berat sebelah dan telah menerima kritikan ramai. Bagi setiap saman yang dikeluarkan, mereka akan menerima RM16.”

“Pada tahun 2015, kerajaan (sebelum ini) telah mengarahkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) melalui anak syarikatnya, Irat Properties untuk mengambil alih operasi AES. RM555 juta telah dibayar kepada kedua-dua buah syarikat untuk hanya 40 buah kamera perangkap laju di sepanjang lebuh raya,” dedah Anthony Loke.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply