- Pesta KTM Malaysia Orange Carnival yang telah diadakan pada bulan lepas telah mendapat sambutan yang hangat.
- Cabutan bertuah adalah salah satu acara yang telah diadakan pada hari tersebut.
- Pemenang bertuahnya telah hadir bagi mendapatkan Hadiah Utamanya, sebuah motosikal KTM 390 Duke, di bilik pameran Lifestyle Showroom KTM Malaysia.
Pesta KTM Malaysia Orange Carnival yang telah berlangsung pada 28 Julai yang lalu telah mendapat sambutan yang hebat, walaupun berlangsung seiring dengan pelbagai acara berkaitan motosikal di Semenanjung Malaysia.
Acara satu hari itu telah dianjurkan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru, menarik kunjungan ribuan hadirin yang terdiri daripada para pemilik KTM, penunggang motosikal dari pelbagai jenama dan juga seisi keluarga.
KTM Malaysia Orange Carnival Bakal Gegarkan Johor 28 Julai Ini!
Acara-acara yang telah disajikan termasuklah tunggang uji motosikal terkini KTM, pertandingan ‘Fun-hana’, kempen penyelidikan, pertunjukan aksi lagak ngeri, dan juga cabutan bertuah. Selain itu, model KTM 200 Duke Evo S 2018 juga turut dilancarkan sewaktu karnival berkenaan.
Berkenaan cabutan bertuah tersebut, KTM Malaysia telah menawarkan sebuah motosikal KTM 390 Duke serba baharu sebagai hadiah utamanya. Model terbaharu ini dilengkapi dengan enjin paling berkuasa serta paling lengkap dalam segmen bawah 400cc dengan sebuah skrin TFT 5 inci, fork terbalik dan juga penyerap hentakan belakang WP, bersama dengan angup empat omboh pautan jejari.
Pemenang bertuahnya telah dipilih sewaktu karnival berkenaan dan hadiahnya telah diserahkan pada 10 Ogos 2018 di Lifestyle Centre KTM Malaysia di Kota Damansara.
Pemenangnya, Cik Hayatun Nufus Binti Hoddri, hadir bersama suami, Encik Mohd. Firdaus Bin Ithnin.
“Saya berasa amat gembira, Alhamdulillah,” ujar Cik Hayatun, “Saya hanya menemani suami saya ke Orange Carnival ini sekadar suka-suka, kerana dia ingin menunggang uji motosikal baharu dan tidak menyangka dapat memenangi Hadiah Utama!”
https://www.facebook.com/BikesRepublic/videos/2137975999566707/?t=0
Mohd. Firdaus juga turut meluahkan rasa kegembiraannya, “Saya juga berasa amat gembira. Saya masih tidak percayakannya. Saya hanya mengunjungi karnival kerana ingin menunggang uji 1290 Super Duke R. Saya lebih gemar dengan motosikal naked, keluaran KTM, berbanding motosikal Yamaha YZF-R1 yang saya miliki.”
Adakah Hayatun akan menjadi ahli baharu komuniti Duker KTM Malaysia? Walaupun kami sering merantau ke pelbagai destinasi dengan motosikal yang sedia ada, saya tidak pandai menunggang,” akui Hayatun, ” Walaupun begitu, saya ingin sekali belajar caranya pada masa akan datang, dengan izin suami saya.”
Pasangan tersebut telah menunggang motosikal baharu itu pulang ke Johor Bahru setelah majlis penyampaian tersebut.
Acara Orange Carnival dijadualkan untuk diadakan di seluruh negara, jadi, teruskan bersama kami untuk tarikh yang seterusnya!