Jualan Q2 BMW Motorrad Menurun

  • BMW Motorrad telah mengumumkan bahawa jualan mereka telah merosot bagi suku kedua 2018.
  • Penurunan paling mendadak adalah di Jerman, menarik turun keseluruhan hasil jualan.
  • BMW telah merancang untuk memperkenalkan 9 buah model yang baharu pada tahun ini dan ia mampu meningkatkan kembali jumlah jualan.

Dengan jumlah jualan suku kedua tahun ini mula diumumkan oleh para pengeluar, BMW Motorrad telah menjadi pengeluar terbaru yang menunjukkan kemerosotan akibat pasaran motosikal dunia yang tidak menentu. Ianya satu berita yang mengejutkan memandangkan mereka telah menikmati jualan yang senantiasa meningkat sejak tujuh tahun yang lepas.

Satu Lagi Tahun Yang Hebat Buat BMW Motorrad Pada Tahun 2017

BMW melaporkan sejumlah 51,117 buah motosikal yang dijual di seluruh dunia, berbanding dengan 52,753 unit yang dijual sewaktu suku kedua tahun lalu, penurunan sebanyak 3.1%. Ini diterjemahkan kepada penurunan sebanyak 5.8% dalam keuntungan (€658 juta) dan 6.8% penurunan keuntungan sebelum cukai (€174 juta).

Kesatuan Eropah merupakan pasaran terbesar BMW, yang meliputi 60% jualan mereka, di mana hasil jualan pengeluar tersebut telah mengalami kemerosotan di pasaran tersebut sebanyak 7.9%. Ianya penyumbang terbesar kepada penurunan jualan keseluruhan.

Bagaimana pun, jika dianalisa mengikut negara, jualan mereka telah merosot sebanyak 18.8% di negara mereka sendiri, Jerman, diikuti oleh Itali (-5%) dan Perancis (-4%). Namun begitu, ada peningkatan kecil di negara Eropah yang lain, antaranya Sepanyol dengan peningkatan sebanyak 1.3%.

Satu lagi kejutan yang besar, adalah peningkatan jualan BMW Motorrad di Amerika Syarikat, memandangkan pasaran motosikal yang sensitif ketika ini. BMW Motorrad USA telah melaporkan peningkatan sebanyak 3.1% dalam enam bulan pertama tahun ini. Peningkatan ini tidak syak lagi berpunca dari pengenalan model baharu BMW, termasukah model BMW K 1600 Grand America dan rangkaian motosikal kelas pertengahan yang dikemaskini, GS. Dan di mana penjualan model teramat eksotik dan terhad, S 1000 RR HP4 Race, tidak memberi kesan yang ketara pada keuntungannya, 14 buah motosikal tersebut telah disahkan terjual di sana.

BMW Motorrad telah merancang untuk melancarkan sembilan buah model baharu pada tahun ini (yang mana kami tidak pasti berapa banyakkah antaranya yang akan diperkenalkan di Malaysia nanti) dan ianya berkemungkinan mampu meningkatkan kembali jumlah jualan mereka bagi tahun kelapannya ini.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply