- Boon Siew Honda telah mempersembahkan model Honda RS150R 2018.
- Edisi tahun 2018 ini tampil dengan warna baharu yang diberi nama Pearl Magellanic Black.
- Motosikal dengan skema warna Black, Blue, dan Red telah ditetapkan harganya bermula dari RM7,999, manakala bagi edisi Repsol pula kekal dengan harga RM8,299.
Penedar rasmi Honda di Malaysia, Boon Siew Honda (BSH), telah memperkenalkan model terkini motosikal kapchai mereka, Honda RS150R 2018, kini tampil dengan kemasan grafik yang baharu.
Skema warna baharu itu, diberi nama Pearl Magellanic Black, adalah respons BSH kepada pemilik RS150R yang telah mengkhususkan motosikal bagi mencerminkan kesukaan masing-masing. Dengan erti kata lain, ianya satu kemasan warna baharu yang memberikan fleksibiliti kepada pemilik untuk menukar rupa motosikal mereka tanpa dirumitkan dengan kehadiran jalur perlumbaan dan warna seperta mana yang ada pada waktu ini.
“Kami mendapati yang motosikal RS150R telah dipilih, dan juga dikhususkan mengikut kesesuaian peribadi pemilik,: ujar Keiichi Yasuda, Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda. “Oleh kerana itu, skema warna terkini bagi edisi 2018 motosikal RS150R ini perlu tampak lebih gah bagi menyerlahkan lagi rupa parasnya yang agresif dan tidak ketara itu.”
Model RS150R pada masa ini sedang hangat di kalangan penggemar, dan dengan itu, menikmati jualan yang memberangsangkan sejak pengenalannya pada tahun 2016. Disasarkan untuk segmen ‘sports cub’, ianya salah sebuah motosikal paling laris dalam rangkaian BSH.
Motosikal ini dijana oleh enjin 149cc, empat lejang, DOHC, sejukan cecair, suntikan bahanapi yang patuh piawaian Euro3. Nisbah pemampatan 11.3:1 menandakan yang enjin bergerek panjang ini mempunyai kebolehan lumba, manakala sistem suntikan bahanapi PGM-Fi hak milik Honda memastikan agihan kuasa optimum dan pada masa yang sama, jimat dan mesra alam. Enjinnya telah dirumahkan dalam kerangka yang dikimpal secara ‘twin-parameter’, dilengkapi dengan fork teleskopik di bahagian hadapan dan penyerap hentakan monoshock di bahagian belakang.
Skema warna Pearl Magellanic Black yang baharu itu melengkapkan lagi tawaran skema warna RS150R yang sedia ada, iaitu Edisi Trico, Candy Scintillate Red, Pearl Nightfall Blue, dan edisi khas, Edisi Repsol.