- Dengan harga RM13,788, model Modenas Dominar telah mendapat sambutan hangat di Malaysia.
- Ia juga teramatlah popular di seluruh dunia kerana menawarkan nilai yang amat hebat.
- Selesa dan berkuasa, motosikal Modenas Dominar juga teramatlah elok binaan yang mana telah terbukti dari gambar di bawah.
Sewaktu kita membeli motosikal, jarang sekali kita letakkan kualiti binaan sebagai salah satu ciri utama pemilihan. Kuasa, keselesaan, reka bentuk, harga, dan reliabiliti (tidak mengikut turutan) sering kali di beri keutamaan, kemudian barulah kualiti binaan.
Bagaimana pun, ada masanya muncul motosikal yang ada ke semua ciri-ciri tersebut, dan pada tahap yang tinggi sekali. Sebagai contoh, motosikal Bajaj Dominar 400, atau pun di kenali dalam negara dengan nama Modenas Dominar.
Modenas Dominar D400 2018 Dilancarkan Secara Rasmi! Dari RM13,788
Ia merupakan sebuah motosikal yang telah kami tunggang uji di India pada tahun lalu dan kami semakin terpikat dengannya. Dengan enjin 373cc berkuasa yang memberikan keluaran kuasa yang lebih baik berbanding kebanyakan motosikal dalam segmennya. Ia juga dilengkapi dengan brek Brembo dan sebuah suspensi penyerap hentakan belakang yang boleh dilaras. Bercirikan lampu hadapan LED dan kotak gear 6 kelajuan yang lancar, secara ringkasnya, kami tidak ada banyak rungutan mengenai model Dominar ini.
Dan kemudiannya, tentang kualiti binaannya. Kualiti ini selalunya agak subjektif dan ianya agak sukar untuk menilai betapa bagusnya binaan sebuah motosikal itu. Menggunakan deria sentuh adalah salah satu cara yang selalu digunakan. Namun, kini, ianya boleh dilihat dengan jelas sekali.
Gambar-gambar ini telah tersebar di atas talian menunjukkan sebuah motosikal Dominar yang dihentam dari belakang oleh sebuah trak. Dan seperti yang boleh anda lihat, motosikal itu ternyata lebih kukuh. Jika ini tidak cukup untuk meyakinkan anda akan tahap kualiti binaannya itu, kami tidak tahu apa yang boleh meyakinkan anda.
Kemalangan ini dikatakan berlaku di Kerala, India, dan walaupun kami tidak pasti siapakah pemilik gambar-gambar ini, kami berasa gembira yang mereka memuat naiknya ke atas talian. Seperti yang boleh dilihat dengan jelas, motosikal tersebut telah tersekat pada grill dan bampar hadapan trak berkenaan, dan ia telah membuatkan motosikal itu kekal tegak.
Barang kali pemiliknya amat bernasib baik, namun, pujian perlu diberikan kepada Bajaj atas kualiti binaan mereka yang kukuh itu. Tahniah.