TOC Desmo Cup 2018: Pusingan Pertama Berlangsung Hujung Minggu Ini!

  • Desmo Cup adalah satu lapangan yang terbaik buat para pemilik Ducati memanfaat penuh potensi jentera mereka.
  • Perlumbaan ini terbuka buat ke semua pemilik Ducati 848, Panigale 899 dan 959, 1098, 1198, Panigale 1199, 1299, dan Panigale V4 yang baharu.
  • Pendaftaran telah dibuka.
  • Pusingan pertama akan berlangsung pada hujung minggu ini sewaktu pusingan Malaysia Superbike Championship.

Desmo Owners Club Malaysia (DOCM) akan menganjurkan pusingan pertama TOC-Desmo Cup 2018 sewaktu pusingan kedua Malaysia Superbike Championship.

Namun, tidak seperti siri perlumbaan MSC yang mempunyai dua perlumbaan pada satu-satu hujung minggu, Desmo Cup ini akan berlumba sekali sahaja menggunakan format perlumbaan 10 pusingan.

Berlangsung pada 27, 28, dan 29 Julai di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), penganjuran bagi tahun 2018 ini menyaksikan DOCM bekerjasama dengan TOC Automotive College yang akan menjadi penaja utama siri perlumbaan ini.

Para peserta yang mengambil bahagian dalam siri perlumbaan ini akan mengemudi motosikal mereka sendiri dan siri ini terbuka kepada mereka yang menunggang motosikal Ducati 848, Panigale 899 dan 959, 1098, 1198, Panigale 1199, 1299, serta Panigale V4 yang baharu.

Yuran pendaftaran untuk menyertai siri perlumbaan ini telah ditetapkan paa RM500 sahaja, di mana hadiahnya adalah seperti berikut:

Pemenang perlumbaan:

  • Tempat Pertama: RM600 beserta trofi.
  • Tempat Kedua: RM500 beserta trofi.
  • Tempat Ketiga: RM400 beserta trofi.
  • Tempat Keempat: Trofi.
  • Tempat Kelima: Trofi.

Hadiah wang tunai kejuaraan keseluruhan musim 2018 adalah seperti berikut:

  • Pemenang keseluruhan: RM3,000 beserta trofi.
  • Tempat Kedua keseluruhan: RM2,500 beserta trofi.
  • Tempat Ketiga keseluruhan: RM2,000 beserta trofi.
  • Tempat Keempat keseluruhan: RM1,000 beserta trofi.
  • Tempat Kelima keseluruhan: RM1,000 beserta trofi.

Siri perlumbaan ini akan mendapat sokongan teknikal dari Ducati Malaysia yang akan menyediakan mekanik terlatih mereka bagi menyelenggara motosikal-motosikal peserta. Minyak pelincir akan dibekalkan oleh Toyo Lubes manakala Kratos Motorsport, pengedar suspensi jenama K-Tec di Malaysia, akan menawarkan sokongan pengendalian buat ke semua peserta.

Ke semua penunggang yang ingin menyertai siri perlumbaan ini perlu memiliki lesen AAM yang sah.

Berikut adalah tarikh acara bagi MSBK TOC Desmo Cup Supersport dan Superstock:

  • Pusingan 1: 27, 28, dan 29 Julai 2018.
  • Pusingan 2: 14, 15, dan 16 September 2018.
  • Pusingan 3: 5, 6, dan 7 Oktober 2018.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]