KTM 790 Duke Baharu Telah Tiba Di Malaysia – RM64,800!

  • KTM Motorcycles Malaysia dengan secara rasminya telah mengumumkan harga bagi model 790 Duke baharu.
  • Model 790 Duke baharu ini menawarkan harga yang amatlah berpatutan jika dibandingkan dengan ciri-ciri hebat yang ada padanya.
  • Ciri-ciri tersebut termasuklah ABS menyelekoh, quickshifter+, skrin TFT warna, kawalan cengkaman, dan bermacam-macam lagi!

Setelah berbulan penantiannya, harinya telah tiba di mana KTM Motorcycles Malaysia dengan secara rasminya telah mengumumkan ketibaan model yang dinanti-nantikan, KTM 790 Duke, di Malaysia dengan harga yang begitu menggiurkan, RM64,800 dengan kadar sifar GST, tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

Bergelar “The Scalpel”, 790 Duka baharu ini merupakan kesinambungan model KTM 690 Duke satu silinder, kini dijana oleh enjin berkembar selari LC8c DOHC, 799cc yang bercirikan ‘crankpin offset 75 darjah. Enjin ini amat mirip dengan enjin saudaranya yang lebih besar, V-Twin 1290cc. Enjin baharu ini dilengkapi teknologi sejukan cecair, 8 injap dan pakej kompak bagi agihan berat yang lebih baik dan pengurangan berat bagi nisbah berat-ke-kuasa yang lebih hebat.

Enjin baharunya itu menghasilkan 105hp pada 9,000rpm dan 87Nm tork pada 8,000rpm. Ia dilengkapi dengan 2 engkol pengimbang bagi meredam getaran untuk tunggangan yang lebih lancar.

Enjinnya digandingkan dengan kotak gear enam kelajuan dan klac ‘slipper’, yang membolehkan penurunan gear yang lebih pantas tanpa mengunci roda belakang, menambahkan lagi ciri keselamatannya.

Selain itu, model 790 Duke baharu ini dilengkapi dengan kerangka baharu. Kerangka baharunya itu dilengkapi dengan seksyen yang unik, yang dilengkapi dengan bahagian dinding yang lebih nipis dengan seksyen keluli ‘molbydenum’. KTM mendakwa yang kerangkanya itu telah ditala halus agihan ketegangannya bagi menawarkan rasa ‘sporty’ sebaik mungkin dengan maklum balas maksimum untuk penunggang.

Dan satu lagi ciri yang ada pada 790 Duke baharu ini yang sudah pasti akan digemari penunggang di Malaysia adalah ketinggian pelananya yang rendah, iaitu hanya pada 825mm. Berat bersih Duke 790 ini hanyalah 169kg.


Untuk suspensinya pula, model 790 Duke ini menggunakan fork terbalik ‘open-cartridge’ 43mm WP yang dibangunkan khas dengan lejangnya 140mm. Suspensi belakangnya pula adalah penyerap hentakan WP bantuan gas. Peredam stereng WP pula mengendalikan pergerakan bahagian hadapannya.

Selain itu, apit tiga aluminium telah ditala bagi menyaingi kefleksibelan forknya. Sudut bukaan sterengnya pada 24 darjah manakala ‘trail’nya berukuran 98mm, dan palang pemegangnya boleh dilaras dalam empat posisi.

Dari segi elektronik, 790 Duke ini dilengkapi dengan teknologi ‘Ride-by’Wire’, Kawalan Cengkaman Motosikal (MTC) yang sensitif sudut condong, ABS menyelekoh, ‘Motor Slip Regulation’ untuk pembrekan enjin terkawal, ‘auto blip’ untuk pertukaran gear lebih tinggi dan rendah yang lebih pantas, serta paparan TFT berwarna dengan integrasi telefon pintar KTM MY RIDE.

KTM 790 Duke yang baharu ini boleh didapati di pasaran Malaysia sebagai model CBU dan telah ditetapkan harganya pada RM64,800 dengan 0% GST, tidak termasuk insurans dan cukai jalan.

Motosikal KTM 790 Duke 2018 Dilancarkan Di EICMA 2017 – “The Scalpel”

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]