- Terdapat pelbagai jenis minyak pelincir enjin yang ada di dalam pasaran, namun, hanya segelintir sahaja yang menyerlah atas sebab formulasi istimewa seperti minyak pelincir motosikal Caltex Havoline.
- Minyak pelincir motosikal Caltex Havoline bertindak melindungi enjin bagi mengelakkan sebarang kehausan pra-matang.
- Dengan pengalaman melebihi 100 tahun, minyak pelincir motosikal Caltex Havoline juga membantu dalam menghasilkan lebih banyak kuasa dan meningkatkan perbatuan.
Kita menjalani kehidupan harian dengan harapan yang esoknya lebih baik daripada hari ini, satu pencapaian yang sering kali dicapai melalui kecekalan hati, kekuatan, kesungguhan, dan sejumlah besar pengetahuan yang ada bagi menggabungkan ke semua elemen bersama.
Sama ada ianya untuk berulang alik ke tempat kerja atau pun mengerah keseluruhan prestasi yang ada pada jentera perlumbaan anda sewaktu di atas litar, anda perlukan sesuatu yang boleh diharap bagi memastikan jentera anda mampu menangani sebarang cabaran yang dihadapinya. Dan di sinilah di mana Caltex Havoline boleh membantu anda.
Apabila berbicara mengenai perlindungan enjin optimum dari kehausan pra-matang, minyak enjin tercanggih Caltex Havoline menangani isu ini dengan hebat sekali. Dengan pengalaman, penyelidikan, pembangunan, dan teknologi yang melebihi 100 tahun, Caltex Havoline telah berjaya menghasilkan kemajuan yang ketara dalam minyak enjin motosikal melalui apa yang mereka gelar sebagai “C.O.R.E. Technology”.
Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan “C.O.R.E. Technology”, dan bagaimana ia dapat membantu anda menghadapi kehidupan harian? C.O.R.E. adalah singkatan bagi:
1. Cleans and protects (Membersih dan Melindungi)
2. Oxidation stability (Kestabilan Pengoksidaan)
3. Reduced engine heat damage (Pengurangan kerosakan akibat haba enjin)
4. Enhanced acceleration with ZoomTech (Pemecutan yang dipertingkatkan dengan Zoomtech)
Minyak pelincir motosikal Caltex Havoline ini bertumpukan pada empat bahagian utama yang disebut di atas bagi membantu meningkatkan prestasi serta jangka hayat enjin. Minyak motosikal Caltex telah terbukti 50% lebih berkesan bagi memastikan yang enjin dalam keadaan bersih bagi memberikan prestasi yang lebih hebat. Malah, minyak pelincir semi sintetik Havoline SuperMatic 4T dan minyak pelincir SuperMatic 4T bertindak 50% lebih baik daripada had standard industri (API SN) dalam kebersihan keseluruhan enjin dan kawalan mendapan.
Namun begitu, minyak pelincir ini bukan sahaja membersih dan melindungi, ia juga telah diformulasi secara khas untuk kestabilan pengoksidaan. Pengoksidaan tidak bagus untuk minyak pelincir enjin kerana ia memberi kesan ke atas tahap kelikatan minyak dan menghasilkan enapan, yang mana akan memberi kesan pada prestasi enjin dan mengurangkan jangka hayatnya. Namun, dengan formulasi “Oxidation Stability” yang diterapkan pada minyak pelincir ini, minyak pelincir motosikal Caltex Havoline dapat menawarkan 50% lebih perlindungan menentang penambahan kelikatannya.
Bukan itu sahaja, Caltex Havoline juga turut menawarkan perlindungan sebanyak 40% lebih baik menentang degradasi minyak bagi mengurangkan kesan kerosakan haba pada enjin, dan juga menawarkan pemecutan yang lebih baik serta peningkatan sebanyak 13% pada cengkaman klac di bawah beban berat yang telah didatangkan dengan sebuah teknologi yang bergelar “ZoomTech”.
“ZoomTech” adalah sebuah pemangkin geseran yang bertindak mengurangkan kegelinciran klac, terutamanya ketika sewaktu di bawah beban yang berat, sebagai contoh, sewaktu membawa pembonceng. Dengan meningkatkan geseran antara plet klac, minyak pelincir ini mampu menawarkan agihan kuasa maksimum untuk pemecutan yang dipertingkatkan, yang mana secara asasnya bermakna ianya mampu memecut dengan lebih baik.
Minyak enjin Caltex Havoline telah memastikan yang ianya mampu menghadapi sebarang isu-isu yang sering kali dikaitkan dengan kehausan enjin. Digandingkan dengan faktor-faktor seperti keteguhan, kecekalan, kuasa, dan disiplin, Caltex Havoline telah berganding bahu bersama ONE Championship yang berkongsi nilai yang sama.
Para pesaing MMA (Mixed Martial Arts) dalam kejohanan ONE Championship telah melalui regimen latihan yang getir bagi memastikan yang mereka berada pada tahap kemuncak prestasi pertandingan setiap kali mereka menjejak kaki ke dalam oktagon. Sebagai “Home of Martial Arts” Asia, sentimen mereka seiring dengan slogan Caltex Havoline, “Put the Fight Back In Your Engine”.
Buat masa yang terhad, Caltex Havoline sedang menawarkan satu pek promosi istimewa bagi setiap pembelian produk Caltex Havoline seperti Havoline® Super 4T Fully Synthetic SAE 5W-40 dan Havoline® Super 4T Semi Synthetic SAE 1W-40, di mana para pembeli berpeluang untuk memenangi baju t-shirt polo, topi, atau pun bandana. Promosi bermula dari sekarang hingga 30 Julai 2018, atau sementara stok masih ada.
TEKAN SINI untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran hebat ini.