- Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir, telah mengumumkan bahawa Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) baharu akan berkuatkuasa bermula dari 1 September 2018.
- Pada waktu ini sehingga penghujung bulan Ogos, kadar 0% GST akan digunapakai, yang mana ianya akan menyebabkan pengurangan pada harga motosikal, kereta, dan bermacam-macam lagi barangan yang lain.
- Para pengeluar telah mula mempromosikan harga baharu, berserta dengan promosi sempena Hari Raya.
Ada satu berita penting buat kita semua rakyat Malaysia. Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, baru sahaja mengumumkan bahawa Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang baharu akan digunapakai bermula dari 1 September 2018.
Seperti yang telah dijanjikan sebelum ini dalam manifesto kerajaan baharu ini, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) semasa akan dihapuskan dan langkah pertama yang telah diambil adalah dengan menetapkan kadar 0% GST bermula pada 1 Jun 2018. Ini bermakna ke semua barangan dan perkhidmatan akan menyaksikan pengurangan harganya, termasuklah bagi kereta dan motosikal.
Dalam masa tiga bulan yang berikutnya, sewaktu kadar 0% GST digunapakai, merupakan masa yang terbaik bagi membeli kereta dan motosikal yang baharu. Malah, kebanyakan pengeluar seperti Harley-Davidson, BMW Motorrad, Moto Guzzi, Ducati, Triumph, Honda, dan Yamaha telah memulakan promosi GST 0% mereka berserta dengan promosi bersempena Hari Raya Aidilfitri. Dengan erti kata lain, inilah masa yang terbaik untuk anda memiliki motosikal atau kereta idaman anda pada harga yang lebih rendah.
Dalam satu sidang akhbar yang telah diadakan oleh Tun Dr. Mahathir pada petang ini, beliau tidak menyebut lagi kadar SST yang baharu. Di mana kadar SST yang dahulu adalah pada 10% sebelum penggunaan GST, apa yang kami dapat sahkan adalah akan ada harga baharu yang lebih tinggi yang akan diperkenalkan sekali lagi pada bulan September nanti.
Jadi, tunggu apa lagi? Inilah masa yang paling sesuai untuk anda dapatkan motosikal atau kereta yang telah anda idam-idamkan pada harga yang lebih rendah dari sebelumnya. Dapatkan motosikal dan kereta idaman anda sebelum berakhirnya bulan Ogos ini!