ETCM Kecualikan 6% GST Bagi Model-Model Nissan Sebelum Penguatkuasaan 1 Jun, Umumkan Kempen “Raya 2018”!

Seiringan dengan langkah kerajaan mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar berkuatkuasa dari 1 Jun 2018, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) telah mengumumkan bahawa mereka akan memberikan Rebat GST bagi model-model Nissan yang didaftarkan dari 16 hingga 31 Mei 2018. Di bawah promosi Rebat GST ini, ETCM akan memberikan rebat tunai GST penuh untuk kenderaan-kenderaan penumpang Nissan yang didaftar dari 16 hingga 31 Mei 2018. Sila ambil perhatian bahawa dengan adanya promosi Rebat GST ini, “Price Protection Promise” telah pun terbatal.

Selain itu, para pelanggan juga boleh menikmati ‘Duit Raya Rewards” melalui promosi “Blissful Journey with Nissan” di sepanjang bulan Mei 2018. ETCM akan menghadiahkan 5 pemilik Nissan yang bertuah dengan peluang untuk memenangi “OSIM uLove Massage Chair” (bernilai RM19,998) dan hadiah-hadiah lain yang bernilai sehingga RM450,00, dengan setiap pembelian model NISSAN yang baharu.

Tekan pautan di bawah bagi membaca dengan lebih lanjut mengenai tanggapan pertama yang telah dibuat oleh laman saudara kami, Piston.my.

First Impression: New Nissan Serena S-Hybrid [+Video]

Rebat dan Penjimatan 0% GST Nissan

Model Nissan REBAT GST DUIT RAYA REWARD JUMLAH PENJIMATAN
ALMERA Bernilai sehingga RM 4,625.10 Sehingga RM 10,000 Sehingga RM 14,625.10
GRAND LIVINA Bernilai sehingga RM 5,783.25 Sehingga RM 7,000 Sehingga RM 12,783.25
TEANA Bernilai sehingga RM 8,506.53 Sehingga RM 5,000 Sehingga RM 13,506.53
X-TRAIL Bernilai sehingga RM 9,419.99 Sehingga RM 10,000 Sehingga RM 19,419.99
All-NEW NISSAN SERENA S-HYBRID Bernilai sehingga 8,304.41 Sehingga RM 2,000 Sehingga RM 10,304.41
SERENA S-HYBRID Bernilai sehingga 8,055.36 Sehingga RM 6,000 Sehingga RM 14,055.36
NAVARA
(2018 models)
Bernilai sehingga RM 6,770.92 Sehingga RM 8,000 Sehingga RM 14,770.92
NAVARA
(2017 models)
Bernilai sehingga RM 6,770.92 Sehingga RM 13,000 Sehingga RM 19,770.92

ETCM juga turut mengumumkan harga model mereka yang telah dikurangkan bersempena kadar sifar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan berkuatkuasa bermula 1 Jun 2018. Harga ini akan kekal sehingga ada struktur implementasi cukai yang baharu diperkenalkan. Untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut, layarilah laman sesawang rasmi Nissan Malaysia, atau hubungi Talian Perkhidmatan Pelanggan Nissan di 1800 88 3838.

ETCM Lancarkan Nissan Serena S-Hybrid Baru! – RM135,500!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]