TOC Perkenalkan Kursus Pembelajaran “MSF Motor Racing”

  • TOC Automotive College baru sahaja menandatangani perjanjian dengan Malaysia Speed Festival.
  • Kerjasama ini adalah bertujuan untuk menjayakan kursus pembelajaran “MSF Motor Racing”.
  • Para pelajar akan belajar mengenai pengurusan perlumbaan dan aspek teknikal dalam kursus 2- minggu ini.

Baru sahaja selepas pelancaran Kursus Juruteknik Superbike TOC, TOC Automotive College (TOC) telah menandatangani satu lagi perjanjian kerjasama dengan Malaysia Speed Festival (MSF) pada 25 Mei 2018.

Kolej Automotif TOC Lancarkan Kursus Juruteknik Superbike

Seperti yang kita semua sedia maklum, sukan permotoran adalah satu medan yang baik bagi membolehkan para pelajar memperoleh pengalaman dunia sebenar. Atas sebab itulah TOC Automotive College mempunyai sebuah Divisyen Sukan Permotoran yang lengkap, yang terdiri dari pasukan perlumbaan kereta, dan kini, motosikal.

Kerjasama ini bertujuan untuk mempertingkatkan lagi pengetahuan para pelajar TOC dalam dunia sukan permotoran yang mencabar, sebelum mereka memasuki dunia pekerjaan. Paling utama sekali, kerjasama ini akan melatih sekumpulan pelajar TOC menjadi pemimpin masa hadapan dan pekerja dalam industri sukan permotoran Malaysia melalui kursus kajian “MSF Motor Racing” yang baharu.

Dalam ucapan Encik Adian Yein, Pengerusi MSF, telah dimaklumkan bahawa walaupun industri sukan permotoran negara masih lagi kecil dari segi bajet berbanding dengan pasukan antarabangsa, ianya bernilai RM 2 juta beberapa tahun yang lalu. Dan oleh kerana itu, ia memerlukan banyak tenaga kerja baharu untuk memainkan peranan masing-masing. Selain itu, sudah tiba masanya bagi kita untuk menumpukan perhatian bukan sekadar pada pemandu atau pun penunggang sahaja, tetapi pada mereka yang bekerja di sebalik tabir.

Encik Liew Chin Hooi, Wakil MSF Superbike, menekankan dalam ucapannya, “Bahagian teknikal sukan permotoran sering kali terpinggir di tahap kolar biru. Kami ingin mengubahnya melalui kerjasama dengan TOC.”

Cik Adelaine Foo, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif TOC Automotive College, berkata, “Semua orang kenal akan para pemandu dan penunggang, namun, apa yang TOC telah lakukan ialah memberikan fokus kepada para individu yang telah membina jentera buat para pemandu dan penunggang untuk dipandu dan ditunggang. Tidak akan ada Lewis Hamilton jika tiadanya juruteknik.

“Ianya adalah untuk menonjolkan lagi mereka yang berada di belakang tabir,” tambahnya lagi.

Topik-topik yang diliputi dalam kursus 20 minggu ini adalah:

WEEK TOPIC OUTLINE
1 Introduction to Motorsports and MSF Racing ·      Introducing MSF.
·      Overview of the motorsports industry: Worldwide, US, Australia, Britain, Malaysia.
·      Importance of regulations and safety.
2 Race technical operations – Registration and Scrutineering ·      Registration – license checking, sign in.
·      Scrutineering – safety checks, technical compliance.
3 Race Technical Operations – Race Control, Timing and Gridding ·      Timing and gridding – results, labelling, gridding.
·      Race Control – race diary, incidents reporting.
4 MSF 2018 Round 3 ·      Event duties.
5 MSF Race Car Body Preparation and Safety Items ·      Body lightening.
·      Body straightening.
·      Installing safety items.
6 MSF Race Engine Preparation – Top-end Modifications and Improvements ·      Improving breathing and volumetric efficiency.
·      Improving ignition.
7 MSF Race Engine Preparation – Bottom-end improvements and Building ·      Improving compression
·      Lightening
·      Building the bottom end
8 Race Technical Operations – Revision for all groups ·      Briefing of responsibilities and revision.
9 MSF 2018 Round 4 ·      Event duties
10 Chassis and Suspension (Cars) ·      Basic chassis and suspension design.
·      Understanding suspension.
11 Suspension – Basics and Setup (Cars) ·      Introduction to vehicle dynamics.
·      Understanding damping.
·      Basic vehicle set up.
12 Suspension – Basics and Setup (Bikes) ·      Introduction to bike suspension.
·      Understanding bike chassis dynamics.
·      Basic superbike set up.
13 Race technical operations – Revision for all groups ·      Briefing of responsibilities and revision.
14 MSF 2018 Round 5 ·      Event duties.
15 Aerodynamics ·      Understanding air pressure and movement.
16 Drivetrain ·      Gearbox and gear ratios.
·      Flywheel and clutch.
17 Race Strategy and Testing ·      Tyre and fuel strategy.
·      Effect of weather.
·      Communicating with the driver.
·      Objectives of testing and understanding the data.
18 Race Technical Operations – Revision for all groups ·      Briefing of responsibilities and revision.
19 MSF 2018 Round 6 ·      Event duties.
20 Assessment

Wakil industri Malaysia juga akan berkongsi ilmu dari masa ke semasa. Antara yang telah disahkan adalah Fawster Suspension, K-Tech Suspension, Hankook Motorsports Malaysia dan Proton-R3 Motorsports.

Dari kerjasama ini, kita dapat lihat kesungguhan TOC dan MSF dalam membentuk jurutera pasukan perlumbaan dan pegawai perlumbaan yang mempunyai asas teknikal yang kukuh, bagi memartabatkan lagi sukan permotoran negara.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kursus pembelajaran “MSF Motor Racing”, sila layari laman Facebook rasmi TOC Automotive College atau Malaysia Speed Festival. Anda juga boleh melayari laman sesawang rasmi TOC Automotive College.

Galeri Gambar

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]