- Moto Guzzi Malaysia ingin menceriakan lagi Hari Raya Aidilfitri anda.
- Mereka telah melancarkan Promosi Hari Raya Moto Guzzi.
- Promosi ini bermula 21 Mei hingga 17 Julai 2018.
Kini adalah masa yang paling sesuai sekali bagi menunggang pulang sebuah motosikal Moto Guzzi untuk Hari Raya Aidilfitri, kerana Moto Guzzi Malaysia telah melancarkan Promosi Hari Raya mereka.
Tempoh promosi ini bermula dari 21 Mei 2018 hingga 17 Julai 2018. Para pembeli yang telah mendapatkan Moto Guzzi mereka yang baru boleh memilih salah satu daripada tiga pilihan ‘Duit Raya’:
- Termasuk Insurans, pendaftaran dan cukai jalan.
- Perkhidmatan dan penyelenggaraan percuma selama 3 tahun atau 30,000km (yang mana dahulu).
- Kombo alat kelengkapan dan aksesori.
Memilih mana-mana di antara ketiga-tiga pilihan tersebut bermakna pemilik dapat menjimatkan banyak wang yang boleh digunakan untuk persiapan Hari Raya.
Pemilik Moto Guzzi yang sedia ada juga boleh menikmati Kempen Penyelenggaraan Hari Raya. Sila tekan pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Selain promosi ini, ia juga masa yang terbaik untuk mendapatkan sebuah motosikal Moto Guzzi sekarang kerana harganya telah dikurangkan bersempena kadar GST yang ditetapkan pada 0%, menjadikan motosikal-motosikalnya itu lebih menggiurkan. Sila tekan pautan di bawah untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.
Tambahan pula, Moto Guzzi Malaysia memiliki sebuah bengkel yang serba lengkap dan beroperasi sepenuhnya yang mempunyai stok alat ganti yang mencukupi. Moto Guzzi Malaysia juga telah mendapatkan khidmat Idon Pang sebagai Ketua Jabatan Selepas Jualan bagi mengendalikan operasi bengkel tersebut. Dia cukup dikenali di kalangan penggemar jenama Piaggio sebagai ‘go-to-guy’ untuk sebarang hal teknikal. Sila tekan pautan di bawah untuk maklumat selanjutnya.
Moto Guzzi Malaysia Mengalu-alukan Kedatangan Idon Pang Sebagai Ketua Jabatan Selepas Jualan
Sila rujuk dengan laman Facebook rasmi Moto Guzzi Malaysia atau kunjungi mereka untuk menunggang uji model Moto Guzzi yang terkini.