Kereta Proton Akan Berkadar 0% GST Dengan SERTA MERTA!

Anda tidak salah baca tuan-tuan dan puan-puan. Ya. KADAR SIFAR SERTA MERTA.

Berkuatkuasa dengan serta merta, ke semua kereta Proton yang dibeli dan didaftarkan dari 16 Mei 2018 hingga 31 Mei 2018 akan disertakan dengan baucar penyelenggaraan bersamaan dengan perbezaan nilai antara harga semasa dan harga baru kereta setelah GST berada pada kadar sifar. Selain itu, Perkhidmatan Pelanggan PROTON kini sedang menawarkan diskaun sebanyak 6% untuk penyelenggaraan berkala (upah dan kelengkapan penyelenggaraan berkala sahaja) untuk ke semua pemilik yang menyelenggara kereta mereka di pusat perkhidmatan penyelenggaraan rasmi.

Inisiatif perkhidmatan ini telah bermula dari 19 Mei 2018, sehingga 31 Mei 2018, dan para pelanggan yang menyelenggara kereta mereka dari 16-18 Mei 2018, akan diberikan diskaun sebanyak 6% sewaktu penyelenggaraan berkala seterusnya (sah dengan menunjukkan resit dari penyelenggaraan mereka yang sebelumnya). Selain itu, PROTON juga mempertingkatkan tawaran ini dengan menawarkan pilihan antara baucar penyelenggaraan yang telah disebutkan di atas, atau rebat tunai pada jumlah yang sama.

Ansuran Sifar, Faedah Sifar

Tawaran ini juga serentak dengan promosi ‘Kosong-Kosong’ yang sedang dijalankan di mana para pembeli Proton Iriz (varian Executive dan Premium), Proton Ertiga (semua varian), dan Proton Exora (semua varian) yang menandatangani perjanjian pinjaman 9 tahun dengan Hong Leong Bank, layak untuk pembiayaan 0% bagi tahun pertama. Bagi mereka yang memilih Proton Saga atau Proton Persona dan membiayai pembelian mereka dengan pinjaman 7 tahun dari PROTON Commerce layak untuk menerima ansuran percuma 3 bulan, mengikut terma dan syarat.

“PROTON menyokong penuh usaha kerajaan Malaysia yang baru dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat. Dengan kadar sifar GST hanya akan berkuatkuasa bermula 1 Jun 2018, kami memutuskan untuk menghadiahkan pelanggan kami dengan serta merta sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka dan bagi memuliakan bulan Ramadan,” ujar Abdul Rashid Musa, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran PROTON.

Tawaran ini adalah untuk ke semua kereta Proton yang dibeli dan didaftarkan dari 16 Mei hingga 31 Mei 2018, dan tambahan untuk promosi jualan yang lain.

“PROTON mengumumkan sebuah inisiatif bagi memberikan pembeli kereta Malaysia manfaat membayar harga pada kadar sifar GST sebelum ianya dikuatkuasakan nanti. Hari ini, kami akan memberikan mereka pilihan mengenai bagaimana mereka mahukan manfaat ini, sama ada sebagai baucar penyelenggaraan atau rebat tunai. Kini, tiada lagi sebab untuk tunggu hingga 1 Jun 2018 bagi membeli kereta Proton yang baru kerana kami telah membolehkan penjimatan ini dibuat pada masa sekarang,” ujar Abdul Rashid Musa, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran PROTON.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply