MV Agusta Kembali Ke MotoGP

  • Setelah 42 tahun menyepi diri dari persaingan MotoGP, MV Agusta telah mengesahkan kemunculan kembali mereka dalam kejohanan tersebut pada tahun 2019.
  • Satu perjanjian 4 tahun telah dimeterai dengan pasukan Forward Racing yang akan menyaksikan mereka bersaing dalam Moto2.
  • Jentera baru mereka akan memulakan pengujiannya pada bulan Julai bersama dengan enjin tiga selari 765cc terbaru dari Triumph.


Ianya sudah sekian lama sejak kali terakhir kita melihat atau mendengar nama MV Agusta disebut dalam arena MotoGP. Setelah menghilangkan diri selama lebih 40 tahun, pengeluar motosikal premium Itali tersebut telah mengesahkan kemunculan semula mereka dalam arena Grand Prix pada musim yang akan datang.

Berganding tenaga dengan pasukan Forward Racing, kerjasama ini akan menyaksikan mereka bersaing dalam kategori pertengahan Moto2. Perjanjian empat tahun antara Forward Racing dan MV Agusta telah dimeterai dengan satu matlamat pada tahun 2019; memenangi kejohanan.

Pada suatu masa yang lalu, MV Agusta adalah satu nama yang cukup gah sekali, terutamanya sewaktu zaman penunggang legenda, Giacomo Agostini. Dari tahun 1968 hingga 1972, MV Agusta telah memenangi lima kejohanan berturut dalam kejohanan dunia 350cc dan 500cc.

Musim hadapan menjanjikan satu musim yang cukup menarik sekali bagi keseluruhan grid Moto2 yang akan menggunakan enjin tiga selari 765cc terbaru milik Triumph. Atur cara enjin sebegini adalah sesuatu yang cukup dikenali MV Agusta dan ini sudah pasti akan memberikan mereka kelebihan yang besar pada musim yang penuh dengan ketidakpastian itu.

Ujian jentera terbaru ini akan bermula pada bulan Julai. Tiada lagi berita mengenai penunggang bagi pasukan tersebut buat masa ini. Teruskan setia bersama MotoMalaya untuk perkembangan terkini segenap dunia permotoran.

Penunggang Moto2 BARU Pasukan SIC Racing Team, Niki Tuuli!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]