Travis Pastrana Akan Melompati 52 Buah Kereta, 16 Buah Bas, DAN Sebuah Air Pancut!

  • Travis Pastrana sedang dalam rancangan untuk mencipta semula tiga aksi lagak ngeri paling ikonik yang telah dipersembahkan oleh Evel Knievel.
  • Menggunakan motosikal Indian Scout FTR750 yang baru, Pastrana akan melompati lebih daripada 52 buah kereta, 16 buah bas, dan air pancut Caesar’s Palace.
  • Pertunjukan khas tiga jam yang dinamakan “Evel Live” akan disiarkan pada 8 Julai 2018, di mana Pastrana merancang untuk melakukan ketiga-tiga lompatan tersebut dalam SATU MALAM.

Nama Travis Pastrana sudah tidak asing lagi dengan aksi-aksi lagak ngeri yang berlegenda, yang digabungkan dengan perangai ‘gila-gila’ melampaunya itu. Dikenali ramai kerana kebolehannya melakukan aksi ‘backflip’ semudah memetik jari, Pastrana sekali lagi sedang merancang satu persembahan yang teramatlah mengagumkan.

Untuk kali ini, dia akan mencipta semula tiga daripada lompatan lagak ngeri paling ikonik yang telah dilakukan oleh penunggang lagak ngeri terulung Amerika Syarikat, Evel Knievel. Evel mengambil masa bertahun lamanya bagi menjayakan ketiga-tiga lompatan tersebut, tetapi, Pastrana akan cuba melakukan ke semuanya dalam SATU MALAM!

Acara khas tiga jam yang akan disiarkan tersebut telah dinamakan “Evel Live”, dan ia akan menampilkan Travis Pastrana sewaktu cubaannya untuk melakukan ketiga-tiga lompatan ini menggunakan motosikal perlumbaan ‘flat track’ Indian Scout FTR750. Di mana Evel mencipta namanya dengan lompatan yang telah dilakukan menggunakan motosikal buatan khasnya, Harley-Davidson Sportster 1976, Pastrana pula akan melakukan aksi lompatan ini dengan menggunakan Indian Scout FTR750 yang baru.

Menurut Pastrana, “Ianya teramatlah penting untuk menggunakan motosikal yang mirip seperti apa yang telah digunakan oleh Evel. Motosikal Indian Scout FTR 750 ini adalah jawapannya, evolusi masa kini motosikal flat track masa lampau. Ia mempunyai kuasa yang saya perlukan dan pengendaliannya baik sekali, namun, saya hanya ada masa beberapa hari untuk menyesuaikan diri, dan saya belum pernah melompat menggunakan motosikal berenjin V-Twin sebelum ini. Satu cabaran yang besar buat saya, namun, ianya sesuau yang biasa kami lakukan di Nitro Circus, jadi kami akan berusaha untuk menjayakannya.”

Acara ini telah dijadualkan untuk berlangsung pada 8 Julai 2018 di Amerika Syarikat. Saluran History Channel akan menyiarkan lompatan ini secara langsung jadi, sekiranya anda ada melanggan saluran ini, jadikannya satu keraian dan jemputlah kami bersama untuk menontonnya!

https://youtu.be/hBaUhkl_ph8

Travis Pastrana Melakukan Aksi “Backflip” Motosikal Merentasi Sungai!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]