Boon Siew Honda Kemaskini Motosikal Legenda Honda EX5

  • Salah sebuah model motosikal Honda yang cukup terkenal, Honda EX5 telah diperbaharui dengan kemasan warna baru.
  • Lebih daripada 2 juta buah unit Honda EX5 telah terjual sejak pelancarannya pada tahun 1987
  • Kemasan kroma dengan jalur garis retro membezakan model terbaru ini.

Motosikal Honda EX5 tidak dapat disangkal lagi adalah sebuah motosikal kapchai paling terkemuka dunia. Malah, lebih daripada 2 juta unit telah pun dijual dalam Malaysia sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1987.ia terbukti sebagai antara jentera paling berketahanan dan serba boleh, dan kini, ianya bakal dipertingkatkan lagi.

Dalam satu sebaran akhbar yang baru sahaja dikeluarkan beberapa jam yang lalu, Boon Siew Honda telah mengumumkan bahawa akan adanya sebuah EX5 yang baru tersedia di pasaran, bercirikan kemasan warna yang baru – Magenta dengan jalur garis retro (di atas).

Motosikal Honda EX5 adalah model kapchai Honda yang pertama dilengkapi dengan suntikan bahanapi, yang menjadikan motosikal ini lebih berkuasa tetapi pada masa yang sama, lebih menjimatkan dari sebelum ini. Dan dengan pembangunan yang dipertingkatkan lagi, motosikal ini hanya memerlukan nisbah udara-bahanapi yang minimal, jadi, dengan menggunakan teknik kawalan elektronik, model EX5 semasa jauh lebih mesra alam dari sebelumnya.

Model Honda EX5 yang terbaru ini juga boleh dibezakan dengan rupa parasnya yang lebih ranggi beserta jalur retro, dan menyerlahkan lagi sentuhan klasik tersebut adalah logo dan pemegang pembonceng belakang kroma (di atas), dan juga pelindung peredam ekzos kroma yang bukan sahaja mencantikkan lagi motosikal ini, ianya juga bertindak sebagai elemen keselamatan untuk pembonceng.

Dua varian telah disediakan, satu dengan rim roda berjejari dengan kemasan warna Pearl Magellanic Black dan Pearl Nightfall Blue dan ianya berharga RM5,150.54 (harga asas beserta GST). Varian yang berikutnya didatangkan dengan roda tuang (di atas) dengan tiga pilihan warna (Pearl Nigthfall Blue, Candy Scintilated Red, Space Magenta Metallic) dan berharga RM5,404.94 (harga asas beserta GST).

Kedua-dua varian datang dengan penghidup elektrik dan waranti dua tahun atau 20,000km, yang mana tiba dahulu.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]