Harley-Davidson Petaling Jaya (HDPJ) “Shop Talk”

  • Harley-Davidson Petaling Jaya (HDPJ) telah menjemput para pemilik Harley menyertai satu sesi “shop talk”.
  • Bual bicara merangkumi aspek teknikal dan ciri-ciri rangkaian Softail 2018.
  • Bual bicara ini juga termasuklah mengenai kempen penyelenggaraan brek, pengenalan kepada motosikal dan enjin baru, dan Motorclothes.

Mengetahui yang anda menunggang motosikal terbaik adalah satu hal, tetapi, mempelajari tentang selok belok motosikal tersebut adalah satu hal di tahap yang berbeza.

Harley-Davidson Petaling Jaya memutuskan untuk berkongsi pengetahuan mereka mengenai jenama tersebut dengan para pemilik melalui satu sesi “shop talk”, di mana mereka berinteraksi dengan para pakar Harley-Davidson mengenai motosikal mereka, mitosnya, tentang kempen penyelenggaraan dan produk terkini.

Acara ini dimulakan dengan satu persembahan kempen penyelenggaraan brek. Seperti yang telah kami laporkan sebelum ini, syarikat tersebut telah memutuskan untuk memanggil semula model-model Touring, CVO Touring, dan V-Rod dengan ABS daripada tahun 2008 hingga 2011 untuk menggantikan bendalir breknya. Harley-Davidson Petaling Jaya (HDPJ) telah menerima Platinum Line Brake Fluid terbaru dan bersedia untuk memulakan kempen.

Pakar Teknikal HDPJ juga telah memaklumkan para pemilik yang bendalir brek motosikal perlu digantikan setiap 2 tahun, tidak kiralah berapa perbatuannya.

Jika anda memiliki mana-mana model yang telah disebut di atas, sila hubungi Jabatan Perkhidmatan HDPJ untuk mengetahui sama ada motosikal Harley anda juga turut terjejas.

HDPJ kemudiannya telah mempersembahkan enjin Milwaukee-Eight baru beserta rangkaian Harley-Davidson 2018. Persembahannya pada mulanya ditayangkan pada skrin sebelum beralih kepada model Fat Bob dan Street Glide terbaru yang dipamerkan. Bagi mereka yang hadir boleh melihat dengan anak mata mereka sendiri segala ciri-ciri terkini yang terdapat pada model-model terbaru, seperti suspensi yang lebih baik, brek, dan juga penggayaannya. Motosikal Harley ternyata lebih halus pembuatannya pada masa kini, tanpa kehilangan identiti mereka.

Sesi “Shop Talk” Harley ini bersifat dua hala; para pemilik telah digalakkan untuk mengajukan soalan mereka sewaktu jemputan tersebut dikeluarkan. Oleh dengan itu, telah timbul pelbagai soalan, beberapa buah daripadanya adalah mengenai mitos dan kebimbangan juga turut disuarakan. HDPJ telah menjawab ke semua soalan-soalan tersebut secara professional.

Akhir sekali, HDPJ telah mempersembahkan rangkaian Motorclothes 2018. Motorclothes adalah rangkaian pakaian penunggang rasmi Harley yang terdiri daripada segala kelengkapan yang diingini seorang pemilik Harley, beserta dengan pelbagai barangan dan cenderahati Harley.

Menyaksikan para pemilik bersurai dengan rasa penuh gembira, sudah semestinya mereka telah memperolehi pengetahuan baru mengenai motosikal kesayangan mereka daripada sesi bual bicara bersama HDPJ ini.

GALERI GAMBAR

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply