MSC 2018: HKMTOYO Racing Team Sedia Untuk Mendominasi

 

  • Malaysia Superbike Championship 2018 (MSC 2018) akan menyaksikan pasukan TOC HKMTOYO Racing Team bertanding dalam kategori Superstock dan Superbike.
  • Sepasukan empat jentera telah dibentuk, dan ianya terdiri daripada para penunggang seperti Mohd Ramdan Rosli, Muhammad Jamalul Tarmizi, Amirul Hafiq Azmi, dan Nasarudin Mat Yusop.
  • TOC HKMTOYO Racing akan memulakan perlumbaan esok dari P2 dan P5 dalam kategori Superbike dan P2 dan P10 dalam Superstock.

Pasukan yang baru ditubuhkan, iaitu TOC HKMTOYO Racing Team, telah bersiap sedia untuk mempamerkan kebolehan mereka dalam siri perlumbaan Malaysia Superbike Championship 2018 (MSC 2018). Dengan sepasukan 4 orang penunggang dan satu senarai penunggang negara yang berkebolehan, dan kerjasama dengan TOC Automotive College, mereka telah bersedia untuk menyahut cabaran siri MSC dengan seluruh tenaga mereka.

Bertanding dalam kategori Superbike dan juga Superstock, pasukan TOC HKMTOYO Racing telah mendapatkan perkhidmatan Mohd Ramdan Rosli dan Muhammad Jamalul Tarmizi bagi mewakili pasukan untuk kategori Superbike. Bagi kategori Superstock pula, bekas penunggang Moto3, Amirul Hafiq Azmi dan Nasarudin Mat Yusop akan membawa cabaran mereka untuk musim ini.

Ramdan Rosli telah menunjukkan keputusan yang memberangsangkan pada awal hari ini (Sabtu, 12 Mei 2018), di mana dia telah mencatatkan masa kedua terpantas sewaktu sesi kelayakan hari ini di atas jentera BMW S 1000 RR. Muhammad Jamalul dan jentera Kawasaki Ninja ZX-10R akan memulakan perlumbaan esok (Ahad, 13 Mei 2018) dari tengah barisan kedua di P5.

Bagi kategori Superstock, kedua-dua Hafiq Azmi dan Nasarudin akan mengemudi jentera BMW S 1000 RR dan akan memulakan perlumbaan esok dari P2 dan P10. Petak Pertama telah diperolehi oleh Azroy Hakeem dari pasukan Fastthrottle Motorsports, dengan catatan masa terpantas sewaktu sesi kelayakan yang dicatatkan di atas jentera Honda CBR1000RR-nya.

Saksikan aksi pasukan dan penunggang TOC HKMTOYO Racing Team esok, pada jam 12.15 tengah hari untuk Perlumbaan 1 dan 4.15petang untuk Perlumbaan 2.

Pusingan 1 MSC 2018: Azlan Shah Berjaya Menduduki Petak Pertama

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]