- Motosikal cruiser elektrik terbaru, Curtiss Zeus 2020 baru sahaja diperkenalkan.
- Prototaip tersebut dijana oleh motor elektrik berkembar yang dikatakan mampu menghasilkan sehingga 170hp dan 393Nm tork.
- Ciri-ciri lain yang ada pada Zeus termasuklah roda karbon fiber, fork hadapan ‘double-wishbone’, brek Beringer, dan bermacam-macam lagi.
Masih ramai lagi yang tidak yakin bahawa kenderaan janaan elektrik sebagai pengangkutan masa hadapan itu adalah satu realiti yang lebih hampir daripada apa yang kita sangkakan. Dan kami bukan hanya bercerita mengenai skuter, tetapi, motosikal dengan jumlah kuasa yang besar. Prototaip Curtiss Zeus 2020 terbaru adalah bukti terbaru kebenaran tersebut.
Hasil ciptaan Zero Motorcycles dan jenama Confederate yang sudah tidak beroperasi, Curtiss telah diperkenalkan yang akan bertumpu penuh kepada penghasilan motosikal super cruiser janaan elektrik generasi seterusnya. Zeus adalah prototaip pertama yang dikatakan sedia untuk keluaran pada tahun 2020.
Jentera serba baru itu mempunyai DNA yang sama dari segi reka bentuk seperti motosikal Curtiss Warhawk yang dijana oleh dua motor elektrik yang dibekalkan oleh Zero yang dicantum bersama dengan satu engkol yang sama. Ianya memacu keseluruhan 170hp dan juga 393Nm tork yang serta-merta ke roda belakangnya!
Jumlah itu bersamaan dengan 260Nm lebih daripada motosikal hyperbike cas lampau Kawasaki H2 dan 270Nm lebih berbanding dengan jentera hari litar muktamad, BMW HP4 Race! Motosikal dan kereta elektrik telah diketahui umum mampu menghasilkan jumlah tork serta-merta yang mengagumkan dan keseluruhan kuasa yang ada itu akan dipacu terus dengan serta-merta.
Badannya terdiri daripada kepingan aluminium terdedah yang dicanang yang menunjukkan segala-gala yang ada padanya. Tampak lebih seperti karya seni keluli beroda, pakej casisnya itu dipertingkatkan lagi dengan pakej suspensi Race Tech, fork hadapan ‘double-wishbone’, roda karbon fiber, dan sistem brek berprestasi tinggi Beringer.
Setakat ini, motosikal Zeus ini masih dalam tahap prototaip dan dijangka akan mula dikilangkan menjelang 2020. Selain daripada reka bentuk dan janaan elektriknya itu, kami cukup berminat untk menyaksikan motosikal ini berlumba di atas ‘drag strip’ dengan janaan kuasa sebanyak 170hp dan 393Nm itu.
Memperkenalkan Motosikal Lumba Elektrik MotoE World Cup 2019!