Mitsubishi Motors Malaysia Umumkan Promosi “Raya Bonus 2018”!

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah mengumumkan bahawa bermula sekarang sehingga 30 Jun 2018, para pelanggan yang menempah dan mendaftarkan Outlander 2.0-liter akan mendapat dua buah aksesori baru – ‘All Round Monitor’ dan kerusi ‘Premium Leatherette’, yang merupakan sebahagian daripada Promosi Raya Istimewa Mitsubishi! Bukan itu sahaja, kedua-dua model Outlander 2.0-liter dan Outlander 2.4-liter akan didatangkan dengan bonus Raya bernilai RM4,000. Outlander 2.0-liter telah ditetapkan harganya pada RM139,988.00 manakala Outlander 2.4-liter pula berharga RM154,988.00.

Selain itu, para pelanggan yang menempah dan mendaftar sebuah model Mitsubishi Triton yang baru akan dapat menikmati bonus Raya bernilai sehingga RM12,000! Promosi Raya 2018 bagi ke semua model Triton adalah seperti berikut*

Bil. Model/Varian Harga OTR termasuk GST, tidak termasuk insurans (RM) di Semenanjung Malaysia Bonus Raya (RM) Waranti
1 Triton Athlete 126,990.00 4,000 Ke semua varian Triton kecuali Triton Quest: Waranti lima tahun atau 200,000km 

Triton Quest: Waranti lima tahun atau 100,000km

2 Triton VGT Adventure X 126,990.00 4,000
3 Triton VGT AT Premium 116,300.00 12,000
4 Triton VGT AT GL 103,800.00 4,000
5 Triton VGT MT 107,600.00 4,000
6 Triton MT 93,920.00 8,000
7 Triton Quest 77,390.00 8,000


Akhir sekali, para pelanggan yang memilih untuk mendapatkan model ASX Compact SUV 2WD atau ASX Compact SUV 4WD akan menerima bonus Raya bernilai sehingga RM8,000. Model ASX 4WD telah ditetapkan harganya pada RM134,300.00, manakala untuk model ASX 2WD pula, harganya telah ditetapkan pada RM119,100.00.

Ke semua model Mitsubishi Outlander dan ASX didatangkan dengan waranti lima tahun/perbatuan tanpa had.

*Harga atas jalan tidak termasuk insurans, termasuk GST untuk pendaftaran peribadi di Semenanjung Malaysia (tidak termasuk zon bebas cukai). Mengikut terma dan syarat.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]