UMW Umumkan Kempen “Ramadan Bersama Toyota”

  • Bagi menyambut ketibaan bulan Ramadan, UMW Toyota Motor telah mengumumkan pelancaran kempen “Jalan Cerita – Ramadan Bersama Toyota”.
  • Pelbagai tawaran menarik disediakan buat para pelanggan, termasuklah ‘Duit Raya’ bernilai RM500.
  • Kempen bermula sekarang sehingga 31 Mei 2018.

Untuk bulan Mei, dan juga bagi menyambut ketibaan bulan Ramadan yang mulia, UMW Toyota Motor serta wakil pengedarnya yang sah sedang menjalankan kempen “Jalan Cerita – Ramadan Bersama Toyota”, sebuah kempen yang penuh dengan tawaran-tawaran yang istimewa, termasuklah ‘Duit Raya’ bernilai RM500 (bagi model-model yang terpilih, sila lihat bawah).

Selain itu, para pelanggan juga akan diberikan rebat tunai sehingga RM3,500, beserta pelbagai lagi tawaran lain yang menarik seperti baucar penyelenggaraan percuma atau pakej aksesori percuma untuk tambah nilai bagi setiap pembelian mereka, seperti mana yang telah ditunjukkan pada rajah di bawah.

Model Attractive Offers
New Vios Rebat Tunai sehingga RM3,500* + Aksesori Percuma bernilai sehingga RM4,100* + Pakej Penyelenggaran Percuma bernilai RM2,125 + Duit Raya.
Innova Rebat Tunai bernilai RM2,000 + Penyelenggaran Percuma bernilai RM1,000 + Duit Raya
Avanza Rebat Tunai bernilai RM1,000 + Naiktaraf tayar & rim 16” bernilai RM3,062* + Duit Raya
Sienta Rebat Tunai bernilai RM1,000 + Duit Raya
Hilux Rebat Tunai bernilai RM1,000* + Aksesori Percuma bernilai sehingga RM3,485
Fortuner Rebat Tunai bernilai RM1,000 + Aksesori Percuma (bernilai RM2,500)*
Camry Rebat Tunai bernilai RM3,000 + Body Coating bernilai RM2,700* atau Aksesori Percuma bernilai RM2,500*  + Duit Raya
Corolla Altis Rebat Tunai bernilai RM1,000 + Aksesori Percuma bernilai (RM5,790) + Duit Raya

(Ke semua tawaran bagi varian yang terpilih dan mengikut Terma dan Syarat).

Kempen ini telah pun bermula dan ianya akan berterusan sehingga 31 Mei 2018.

Para pelanggan yang memerlukan pelan pembiayaan juga boleh membelek tawaran perkhidmatan Toyota Capital seperti Toyota 2-Tier Plan, yang menawarkan ansuran bulanan yang lebih rendah untuk para graduan, dan pelan pembiayaan Toyota Drive, yang pertama seadanya di mana para pelanggan boleh membuat lebih banyak penjimatan.

Untuk ketenangan minda pemilik, ke semua model Toyota telah didatangkan dengan waranti selama 5 tahun dan perbatuan tanpa had (kecuali bagi Toyota Hilux, dengan maksimum perbatuan sehingga 150,00km). Bagi menambahkan lagi nilai Toyota anda, waranti ini boleh berpindah milik kepada pemilik seterusnya, mengikut Terma dan Syarat.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tawaran yang menakjubkan ini, orang ramai bolehlah mengunjungi mana-mana bilik pameran Toyota, di mana mereka juga boleh memandu uji kereta-kereta ini. Layari juga laman sesawang rasmi Toyota Malaysia untuk maklumat lanjut.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]