Dengan musim perayaan yang bakal kunjung tiba, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah menyediakan pelbagai tawaran serta hadiah istimewa buat para pelanggan dengan mengadakan kempen “Fuel Up Your Gaya”.
Volkswagen akan membantu anda untuk ‘Fuel Up Your Gaya’ pada musim perayaan ini dengan menhadiahkan kad petrol percuma bernilai RM1,188 bagi ke semua model yang ditempah bermula sekarang sehingga 30 Jun 2018. Tidak cukup dengan itu, Volkswagen juga akan memberikan potongan harga yang menakjubkan dan kadar faedah yang rendah bagi model-model Volkswagen yang terpilih, sementara stok masih ada. Sila lihat carta di bawah untuk maklumat lanjut.
Model | Potongan Harga Dari | Faedah Rendah | Baucar Petrol | Ansuran Bulanan Dari |
Polo | RM4,000 | Ya | RM802 | |
Vento Comfortline | RM10,000 | Dari 0.88% | Ya | RM833 |
Jetta Highline | RM8,000 | Ya | RM1,237 | |
Beetle Sport | RM5,000 | Ya | RM1,418 | |
Passat Comfortline | RM15,000 | From 0.88% | Ya | RM1,726 |
Passat Highline | RM4,000 | Ya | RM1,908 | |
Tiguan ComfortlineTiguan Highline (Bawah) | RM2,000 | Ya | RM1,554 | |
Tiguan WILD+ pakej aksesori bernilai RM5,099 | RM2,000 | Ya | RM1,554 |
Nota: Mengikut terma dan syarat. Ansuran bulanan berdasarkan pinjaman 9 tahun dengan bayaran pendahuluan 10%
Bermua dari 1 Januari 2018, ke semua kereta Volkswagen telah didatangkan dengan program penyelenggaraan percuma selama 3 tahun, yang mana para pemilik tidak perlu risau akan kos penyelenggaraan bagi tiga tahun atau 45,000km yang pertama (yang mana tiba dahulu). Program ini meliputi ke semua kos penyelenggaraan, seperti mana dalam jadual penyelenggaraan standard, kecuali bagi kelengkapan-kelengkapan yang boleh haus seperti cakera brek, pad brek, pengelap cermin, dan mentol lampu.
Bagi melayakkan diri untuk kempen ini, tempahan kenderaan hendaklah dibuat dalam tempoh promosi dan mengikut terma dan syarat, sementara stok masih ada. Untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya, kunjungi wakil pengedar Volkswagen sah yang berhampiran anda, atau layari www.volkswagen.com.my.