Naza Automall kini hadir dengan lebih banyak jenama automotif, menjadikannya galeri automotif satu-henti yang pertama di Malaysia yang menawarkan tawaran yang menakjubkan eksklusif untuk para pelanggan Naza Automall.
Pelanggan Naza Automall boleh menikmati pakej istimewa, hanya tersedia di galeri automotif satu-henti bagi jenama kenderaan empat roda dan juga dua roda di bawah Naza Group. Selain itu, Naza Automall juga akan menawarkan tawaran hebat bagi segmen MPV dan SUV untuk jenama automotif yang lain bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat kebelakangan ini.
Bagi memberikan pengalaman penuh jenama Naza, Naza Automall juga akan menawarkan tawaran yang berpatutan dan keutamaan istimewa bagi perniagaan lain di bawah Kumpulan tersebut, termasuklah, hartanah, agrikultur, pendidikan, insurans dan pembiayaan, serta makanan dan minuman.
“Naza Automall adalah pusat operasi kami. Kami ingin menjadikannya destinasi satu hentian utama bagi keperluan automotif anda, bermula dari model tahap permulaan sehinggalah ke jenama mewah. Automall ini juga akan memperagakan rangkaian penuh tawaran Naza Group seperti hartanah, pendidikan, dan makanan dan minuman,” kata Dato’ Samson Anand George, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Automotive Group (di atas).
Bagi menandakan permulaan tempoh kempen promosi Naza Automall, Naza Group akan menghadiahkan pelanggannya yang telah mendapatkan motosikal atau kereta idaman mereka di Naza Automall dengan peluang untuk memenangi percutian 4 hari 3 malam bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala Dunia FIFA 2018 di Moscow, Russia. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang bagaimana untuk menyertai pengalaman sekali dalam seumur hidup ini, kunjungilah Naza Automall bermula 1 Mei 2018.
“Kami secara berterusan mencari cara untuk menunjukkan penghargaan kami kepada peminat serta pelanggan setia kami dan salah satu caranya adalah dengan peraduan “Spend & Win” Piala Dunia FIFA 2018 ini. Dengan lebih banyak peraduan dan aktiviti dirancang, pengunjung Naza Automall pasti akan dapat menikmati pelbagai tawaran dan ganjaran yang mengujakan pada masa yang akan datang,” tambah Dato’ Samson.
Diiktiraf sebagai bilik pameran automotif terbesar di Malaysia oleh “Malaysia Book of Records”, Naza Automall akan memperagakan 14 jenama automotif yang berbeza, baru mahu pun terpakai, dari pelbagai segmen yang berbeza seperti Maserati, Kia Peugeot, Citroën, Chevrolet, Ducati, Indian Motorcycle, dan Vespa.
Naza Automall sudah pasti merupakan tempat kegemaran pada penggemar automotif dengan keluasan sehingga 250,000 kaki per segi dan boleh memuatkan sehingga 2,000 buah kereta pada satu-satu masa. Terletak di Petaling Jaya, Selangor (bersebelahan dengan Lebuhraya Persekutuan), Naza Automall di buka dari jam 9 pagi hingga 6 petang pada hari Isnin hingga Jumaat, dan 10 pagi hingga 7 petang pada hari Sabtu dan Ahad.