- Beberapa buah gambar intipan motosikal KTM 1290 Super Duke R 2019 telah mula tersebar di atas talian internet.
- Selain daripada beberapa buah pengemaskinian penggayaan, model 2019 yang baru itu juga dilihat menampilkan casis dan sistem ekzos yang telah dirombak semula.
- Motosikal KTM 1290 Super Duke R 2019 yang baru itu dijangka akan dilancarkan di penghujung tahun ini sewaktu pertunjukan motosikal EICMA.
Jentera super naked utama KTM, KTM 1290 Super Duke R kini sedang menjalani satu proses pengemaskinian yang besar bagi generasi yang berikutnya. Bagi tahun 2019, ianya lebih dari sekadar pengemaskinian penggayaan bagi motosikal yang terkenal dengan nama jolokan “Super Hooligan”, iaitu KTM 1290 Super Duke R 2017.
Gambar intipan bagi model 2019 telah pun mula tersebar di atas talian internet dan berdasarkan gambar-gambar tersebut, kita dapat lihat satu kemungkinan rombakan menyeluruh motosikal berkenaan dengan DNA reka bentuk yang sama seperti seperti rangkaian ikonik KTM 1290 Super.
KTM nampaknya sedang menguji atur cara casis yang baru bagi motosikal KTM 1290 Super Duke R 2019 bagi memastikan yang segalanya berjalan dengan lancar, lebih-lebih lagi dengan enji V-Twin 1,301cc-nya yang telah diolah semula. Berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, model 2019 yang baru ini akan dilengkapi dengan enjin yang patuh Euro5, yang menawarkan lebih banyak kuasa dan tork dari jangkauan rendah ke sederhana.
Kami tidak benar-benar pasti apakah pengemaskinian yang telah dijalankan berdasarkan pada gambarnya sahaja, tetapi, kami dapat lihat bahawa terdapat ‘header’ ekzos yang lebih panjang bersambung dengan ‘collector box’ bawah enjin yang lebih besar. Terdapat juga sebuah injap kuasa ala flap yang direka bagi memodulasikan sebahagian daripada tekanan belakang untuk keluaran tork yang lebih rata (dan juga bagi mematuhi peraturan bunyi terkini).
Ini bermakna bahawa model 2019 ini akan dapat menyalur lebih banyak kuasa dari jangkauan rendah kitarannya daripada enjinnya yang sudah cukup berkuasa itu. Model semasa sudah pun mempunyai sekitar 175hp dan menggerakkan berat yang hanya pada 195kg. Kami andaikan yang motosikal KTM 1290 Super Duke R 2019 ini pasti lebih hebat lagi, walaupun ia mematuhi piawaian Euro5.
Perubahan lain yang turut kami sedari adalah pada sub-kerangkanya, atur cara duduknya, lengan ayun, dan suspensi, selain daripada kemaskini penggayaan yang dapat dilihat dengan ketara. Walau apa pun jua, dari segi intipatinya, motosikal ini tetap sebuah motosikal Super Duke R yang ikonik, dan ianya tetap mengagumkan.
Teruskan setia bersama kami di MotoMalaya untuk perkembangan terkini segenap dunia permotoran.