- Boon Siew Honda (BSH) telah mengumumkan harga rasmi untuk Honda X-ADV dan Honda Africa Twin 2018 bagi pasaran Malaysia.
- Pengumuman ini telah dibuat bersempena dengan pelancaran Malaysia Autoshow 2018.
- Honda X-ADV 2018 telah ditetapkan harganya dari RM57,999 manakala bagi Africa Twin pula bermula dari RM69,999 (harga asas tidak termasuk GST).
Boon Siew Honda (BSH) dengan secara rasminya telah mengumumkan dua motosikal berkapasiti besar yang telah dinanti-nantikan ramai pada tahun ini, iaitu, skuter kembara Honda X-ADV 2018 dan Honda CRF1000L Africa Twin 2018 awal hari ini. Pengumuman ini telah dibuat bersempena dengan pelancaran Malaysia Autoshow 2018.
Honda X-ADV 2018 – bermula dari RM57,999 hingga RM59,999 (harga asas tidak termasuk GST)
Kami telah memakumkan baru-baru ini bahawa Boon Siew Honda telah bersedia untuk membawa masuk skuter kembara Honda X-ADV dengan tanda harga di bawah paras RM70,000. Kenyataan ini telah diberikan sewaktu pelancaran Honda BigWing Centre yang pertama di Malaysia di Setapak, Kuala Lumpur, pada awal tahun ini.
Honda X-ADV ini ternyata sebuah jentera ‘off-road’ yang berkebolehan melakukan aksi-aksi yang menarik. Dilengkapi dengan enjin berkembar selari, SOHC, sejukan cecair, 745cc, skuter X-ADV ini mampu menghasilkan sehingga 57hp dan 68Nm tork maksimum.
Apa yang menjadikan skuter X-ADV ini lebih istimewa adalah kotak gear enam kelajuan ‘Dual Clutch Transmission’ (DCT)-nya. Ini membolehkan penunggang untuk bertukar dari mod transmisi penunggangan bagi disuaikan dengan keadaan menunggang yang berbeza. Sama ada untuk penunggangan di atas lebuh raya, mahu pun penunggangan di atas jalan tanah mereah yang mengujakan, skuter X-ADV direka untuk menakluki ke semuanya.
Tempahan sudah mula dibuka di pusat Honda BigWing pada harga RM61,478.94, manakala bagi varian dengan kemasan warna istimewa pula berharga RM63,598.94 (harga asas beserta GST). Spesifikasi menarik yang lain termasuklah fork hadapan terbalik boleh laras sepenuhnya 41mm, ruang simpanan bawah pelana 21 liter, tangki bahanapi 13.1 liter, mod penunggangan boleh pilih, dan bermacam-macam lagi.
Honda CRF1000L Africa Twin 2018 – bermula dari RM69,999 (harga asas tidak termasuk GST)
Boon Siew Honda juga pernah memberitahu bahawa rangkaian motosikal Africa Twin terkini akan disediakan pada paras sekitar RM80,000. Dipandang tinggi sebagai salah sebuah motosikal rali paling berjaya sepanjang zaman, model Africa Twin ini telah pun tiba di tanah air kita, di mana pusat Honda BigWing sudah mula menerima tempahan untuknya.
Sebuah motosikal yang mampu melakukan apa sahaja, sekalipun memanjat sebuah gunung berapi berketinggian 5,965 meter, yang juga telah memecah rekod dunia untuk altitud tertinggi didaki bagi sebuah motosikal dua silinder. Ini adalah atas jasa enjin 998cc, berkembar selari, sejukan cecair yang mampu menghasilkan sekitar 94hp dan 98Nm tork maksimum.
Dengan berat bersih pada 232kg, motosikal Africa Twin ini semestinya sebuah jentera yang berkebolehan, dilengkapi dengan spesifikasi seperti fork hadapan terbalik boleh laras sepenuhnya 45mm Showa, penyerap hentakan belakang boleh laras sepenuhnya Showa, dua cakera brek terapung 310mm dengan angkup jejari empat omboh, serta cakera brek belakang 256mm dengan angkup dua omboh, selain dari kelengkapan lain yang menakjubkan.
Akan ada dua buah model berbeza yang akan disediakan; satu dengan transmisi enam kelajuan yang biasa dan satu lagi akan dilengkapkan dengan kotak gear ‘Dual Clutch Transmission’ (DCT) Honda. BSH telah menetapkan harganya pada RM74,198.94 dan RM80,558.94 (harga asas beserta GST).
Berminat dengan model CRF1000L Africa Twin Adventure Sports? dapatkannya pada harga RM77,378.94 dan RM83,738.94 (harga asas beserta GSt) bagi varian Standard dan DCT.
Tunggu apa lagi?
Isle of Man TT 2018: Siapakah Yang Akan Mengemudi Jentera Honda RC213V-S?