- Setelah menanti untuk sekian lama, Modenas telah melancarkan model Dominar D400 2018 pada malam ini.
- Ditetapkan pada harga RM yang amat berdaya saing, Ia bakal menggemparkan lagi pasaran motosikal di bawah 400cc.
18 April 2018, Pullman, Bangsar – Motosikal yang dinanti-nantikan ramai, Modenas Dominar D400 2018, telah pun dilancarkan secara rasmi pada malam ini. Motosikal naked 373cc ini telah digelar sebagai motosikal ‘sport-tourer’ oleh Modenas dan Bajaj Auto. Ia telah ditetapkan pada harga yang teramatlah berdaya saing, iaitu RM13,788 (harga promosi asas tidak termasuk GST).
Motosikal Modenas Dominar D400 2018 ini telah dilengkapi dengan:
- Enjin 373cc, empat injap, sejukan cecair, DOHC.
- Enjin suntikan bahanapi secara elektronik dengan pencucuhan ‘Digital Triple Spark’.
- Transmisi enam kelajuan dengan klac ‘slipper’.
- Paparan Dwi-LCD; Satu paparan LCD utama dan satu lagi yang lebih kecil di atas tangki bahanapi.
- ABS dwi saluran bagi cakera brek hadapan dan belakang.
- Fork teleskopik konvensional.
- Penyerap hentakan belakang Monoshock.
Dan oleh kerana motosikal Modenas Dominar D400 2018 ini dikelaskan sebagai sebuah motosikal ‘sport-tourer’, tahap ergonomik motosikal ini telah ditala untuk keselesaan: posisi duduk yang menegak, tempat letak kaki yang lebih rendah dan ke hadapan, pelana yang selesa, dan suspensi yang lembut.
Dari segi keselamatan, motosikal ini telah dilengkapi dengan sistem ABS dwi saluran bagi kedua-dua roda hadapan dan juga belakang. ABS dwi saluran juga bererti yang apabila sistem ini diaktifkan bagi roda yang terkunci, akan ada juga tekanan brek yang akan dikenakan pada satu lagi roda untuk kestabilan casis. ABS satu saluran pula, hanya menjalankan tugasnya pada roda yang terkunci dan tidak pada roda yang satu lagi, membiarkannya berpusing dengan bebas, dan perbezaan kelajuan pusingan yang besar ini mungkin akan menyebabkan roda yang tidak terkunci itu hilang kawalan.
Modenas merasakan yang ianya waktu yang sesuai untuk memperkenalkan model ini, berdasarkan sambutan hangat yang telah diterima oleh model Pulsar RS200, Pulsar NS200 dan juga bagi model V15. Sambutan bagi model-model tersebut telah melangkau jangkaan Modenas dan Bajaj Auto – Sebanyak 4,500 buah unit telah pun terjual sejak pengenalannya sewaktu bulan Mei 2017.
Motosikal Modenas Dominar D400 2018 ini telah mengharungi beberapa buah perjalanan jarak jauh. Menurut Dinesh KKulkarni, Naib Presiden, Bajaj Auto Limited. “Motosikal Dominar D400 telah dengan jayanya menyudahkan salah satu perjalanan motosikal terpanjang dunia, “The Trans-Siberian Odyssey”, yang meliputi 15,000km dalam masa 53 hari. Perjalanan yang bermula dari Uzbekistan hinga ke Russia, melalui enam buah negara telah dilakukan dengan jayanya tanpa sebarang kerosakan mekanikal.”
Kami juga telah diberi peluang untuk menguji motosikal Dominar 400 ini sewaktu lawatan kami ke kilang Bajaj Auto (TEKAN SINI untuk membaca dengan lebih lanjut tanggapan pertama kami) dan juga menunggang ujinya di Malaysia sebelum pelancaran ini, jadi sila tekan pautan di bawah untuk ulasannya.