Isle of Man TT: Bruce Anstey Didiagnos Menghidap Kanser

  • Juara Isle of Man TT sebanyak 13 kali, Bruce Anstey, telah disahkan menghidap kanser.
  • Penunggang berusia 48 tahun dari New Zealand itu dikatakan mempunyai beberapa buah ketumbuhan dalam paru-paru dan tulang belakangnya.
  • Anstey sudah pasti akan mengundurkan diri daripada ke semua perlumbaan jalan raya pada tahun ini bagi mendapatkan rawatan untuk diagnosisnya itu.

Pelumba jalan raya legenda, Bruce Anstey, akan menarik diri dari keseluruhan perlumbaan jalan raya bagi musim 2018, termasuklah untuk perlumbaan Isle of Man TT. Pasangan kepada penunggang berusia 48 tahun dari New Zealand itu telah mengumumkan berita tersebut, di mana dia akan memerlukan masa tersebut untuk mendapatkan rawatan bagi penyakit kanser yang telah disahkan oleh doktor.

Menurut laman Facebook pasangannya, Anny Ramsey, Anstey telah didiagnos dengan beberap buah ketumbuhan di paru-paru dan tulang belakangnya. Doktor juga turut menjumpai gumpalan darah pada bahagian paru-paru dan waktu berehat amat diperlukan untuk pemulihannya.

“Malang sekali, Brucey telah jatuh sakit. Dia mempunyai beberapa buah ketumbuhan dalam paru-parunya, satu di tulang belakang, dan gumpalan darah pada paru-parunya bagi menambah lagi nasib malangnya. Saya tidak yakin yang Bruce akan berlumba langsung untuk tahun ini, kita tunggu dan lihat. Dia sedang menanti pelan rawatan dan akan memulakannya dalam masa terdekat. Saya akan cuba menyampaikan perkembangan terkini kepada anda semua,” tulis Ramsey pada laman Facebooknya.

Bruce Anstey adalah pemenang Isle of Man TT sebanyak 13 kali dan merupakan penunggang yang pertama bertanding dalam perlumbaan jalan raya di atas jentera Honda RCV213-S. Dia juga sangat aktif dalam kategori TT Zero, di mana dia telah merangkul dua kemenangan, beserta di kelas yang baru diperkenalkan, Lightweight.

Kami di MotoMalaya dan juga laman saudara kami, Bikes Republic, mendoakan moga Bruce Anstey cepat sembuh dan berharap dia akan terus berlumba sebaik sahaja dia mampu. Semoga cepat sembuh Bruce!

Mugen Shinden Nana Diperkenalkan Bagi Mempertahankan Kejuaraan Isle of Man TT Zero!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]