Ekzos Termignoni Buat Ducati Panigale V4 2018

  • Telah ada satu ekzos Termignoni yang baru buat motosikal Ducati Panigale V4 2018 dan ianya dinamakan Termignoni 4 Uscite.
  • 4 Uscite membawa maksud “four exits” dan ia telah memberikan rupa paras yang baru buat motosikal Panigale V4, lebih-lebih lagi pada reka bentuk bawah pelananya.
  • Ekzos 4 Uscite akan disediakan bermula pada bulan ini, namun, harganya masih belum didedahkan pada masa ini.

Pengeluar ekzos selepas jualan yang terkemuka, Termignoni, telah memperkenalkan sebuah karya yang mempersona dalam bentuk sebuah ekzos sistem sepenuhnya bagi motosikal Ducati Panigale V4 2018. Sistem ekzos yang baru itu telah diberi nama Termignoni 4 Uscite yang membawa maksud, “four exits’.

Sistem ekzos terkini dari pengeluar ekzos selepas jualan premium dari Itali itu telah berjaya mengembalikan semula zaman kegemilangan perlumbaan superbike dengan sistem ekzos 4 Uscite ini. Terletak di bawah pelana pada hujung bahagian belakang motosikal berkenaan, ekzos 4 Uscite ini mengimbau kembali kepada zaman motosikal Ducati V-Twin yang membara dan mengujakan, terutamanya dalam siri perlumbaan World Superbikes, seperti motosikal 1098 dan 1198.

Pengeluar dari Itali cukup terkenal dengan penghasilan reka bentuk yang menggiurkan pada motosikal mahu pun kereta mereka, dan ianya cukup terserlah pada reka bentuk ekzos ini. Rekaan ‘undertail’nya itu menonjolkan lagi pesona motosikal Ducati Panigale V4 yang mana telah memberi kesan yang mendalam terhadap imej keseluruhan motosikal berkenaan (lebih-lebih lagi dengan api biru yang tersembur keluar dari bawah pelana dan di bahagian belakang).

Rupa paras seperti ini jugalah yang telah membuatkan kami jatuh hati pada motosikal replika MV Agusta F4 RC WorldSBK 2018, yang mana kit perlumbaan pilihannya telah dilengkapi dengan ekzos sistem sepenuhnya SC Project. Nampak gayanya, Termignoni telah menyedari hakikat ini dan tampil dengan versi mereka sendiri buat motosikal superbike terkini Ducati.

Bagi harganya pula, kami tidak akan terkejut sekiranya ekzos Termignoni 4 Uscite ini sahaja akan menelan belanja yang sama seakan ingin memiliki sebuah motosikal tahap mulaan 250cc seperti KTM 250 Duke 2018. Mengapa? Kerana ianya sebuah ekzos sistem sepenuhnya Termignoni untuk motosikal Ducati Panigale V4 2018. Sudah pasti anda faham, bukan?

Ducati Panigale V4 – In Glorious Detail

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]