- Sebuah motosikal buatan khas ‘one-off’ karbon fiber, Honda CB1000R Carbon Edition 2018 telah diperagakan sewaktu Pertunjukan Motosikal Tokyo 2018.
- Dibina oleh Magical Racing, setiap satu bahagiannya, bermula dari roda hinggalah ke palang pemegangnya, telah digantikan dengan bahagian karbon fiber.
- Sebuah ekzos sistem penuh Yamamoto Racing Spec-A dengan peredam berwarna emas melengkapkan lagi motosikal tersebut.
Baru sahaja beberapa bulan yang lalu di mana Honda telah memperkenalkan jentera ‘Neo Sports Cafe’ mereka yang terkini, diberi nama Honda CB1000R 2018. Motosikal naked mereka yang amat berkebolehan itu telah dipertingkatkan ke satu tahap yang baru pada tahun ini di acara Pertunjukan Motosikal Tokyo 2018 apabila sebuah motosikal Honda CB1000R buatan khas telah muncul diselubungi bahagian karbon fiber.
Hasilnya cukup mempersona sekali dan syarikat di sebalik hasil kerja tangan karbon fiber ini tidak lain dan tidak bukan adalah Magical Racing. Apabila kami katakan yang motosikal Honda CB1000R itu diselubungi oleh bahagian-bahagian karbon fiber, kami tidak bercakap sewenang-wenangnya. Hampir ke semua bahagian yang boleh digantikan dengan bahagian karbon fiber telah dipasang pada motosikal buatan khas ‘one-off’ ini, yang mana ianya boleh dilihat walaupun dari jauh sekali pun.
Kelengkapan seperti roda karbon teramat ringan BTS buatan khas, panel badan, plet kotak udara, pelindung rantai, dan pelbagai lagi kelengkapan yang lain. Palang pemegangnya juga telah diberikan sentuhan karbon yang menjadikannya amat mengagumkan. Sebuah ekzos sistem penuh Yamamoto Racing Spec-A melengkapkan motosikal tersebut, lebih-lebih lagi dengan peredam berwarna emasnya yang menggiurkan.
Bagi mereka yang berminat untuk memiliki motosikal Honda CB1000R 2018 ini, anda boleh mula membuat tempahan di pusat Honda BigWing Centre. Pusat Honda BigWing Centre yang pertama kini terletak di Setapak, Kuala Lumpur, di mana Boon Siew Honda telah mengumumkan yang motosikal CB1000R akan ditetapkan harganya sekitar RM80,000.
Memandangkan yang motosikal tersebut dilengkapi dengan spesifikasi tercanggih seperti klac ‘slipper-and-assist’, ‘Ride-by-Wire’, kawalan cengkaman, pemetaan kuasa boleh pilih, kawalan pembrekan enjin, suspensi Showa boleh laras, serta enjin empat selari, patuh Euro-4, 1,000cc yang sama boleh didapati pada motosikal Honda CBR1000RR Fireblade, kami andaikan bahawa motosikal ini bakal menjadi salah sebuah jentera naked berprestasi tinggi paling hangat di pasaran pada ketika ini.
Sumber imej: Visordown