Kemunculan Sulung Kawasaki Ninja H2 SX 2018 Di Malaysia Pada Bulan Mei – RM150,000?

  • Ada sumber yang boleh dipercayai yang mengatakan bahawa motosikal Kawasaki H2 SX 2018 mungkin akan tiba di Malaysia pada bulan Mei tahun ini.
  • Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) pernah mengumumkan sebelum ini yang ianya akan memperkenalkan motosikal tersebut pada suku kedua tahun 2018.
  • Bagi harganya pula, kami andaikan yang ianya akan berada di sekitar paras RM150,000.

Motosikal kembara paling berkuasa di dalam dunia, Kawasaki Ninja H2 SX 2018, yang telah dilancarkan pada lewat tahun lalu sewaktu acara pertunjukan EICMA 2018 di Milan, Itali, akan muncul di tanah air kita. Berita baiknya adalah ianya mungkin sekali akan tiba lebih awal dari yang anda jangka, jadi, bagi mereka yang berminat untuk memilikinya bolehlah mula menabung untuk mendapatkan satu-satunya motosikal sport-touring pengeluaran dalam dunia.

Kawasaki Ninja H2 SX 2018 Diperkenalkan – Jentera Super Touring Hijau Yang Garang

Berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, motosikal Kawasaki Ninja H2 SX 2018 akan boleh didapati bermula dalam separuh pertama tahun ini. Jika kita benar-benar bernasib baik, kita mungkin memiliki jentera ini sebaik sahaja sebelum tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pasti seronok jika dapat melaram balik kampung menunggang jentera ini, kan? Tidak lama lagi, wakil pengedar sah Kawasaki di seluruh negara akan mula membuka tempahan bagi jentera pengembaraan muktamad ini yang mana kami syak akan diperkenalkan pada bulan Mei nanti.

Tentang harganya pula, ianya satu isu yang agak sensitif dalam dunia motosikal pengeluaran premium masa kini. Kita sudah sedia maklum yang Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) bersungguh-sunggguh mahu membawa masuk jentera ini sepantas yang mereka mampu, namun, berkenaan dengan harganya, mereka perlu mengatur langkah mereka dengan baik bagi memastikan yang ianya mendapat sambutan hangat di kalangan penggemar motosikal di dalam negara.

Di mana harga bagi H2 SX ini di pasaran UK adalah £15,099 (sekitar RM83,592), terdapat pelbagai perkara yang perlu diambil kira oleh mana-mana pengeluar yang ingin membawa masuk motosikal terkini mereka ke dalam Malaysia. Dengan segala cukai import, duti eksais, dan cukai jualan, kami andaikan yang ianya akan ditetapkan pada paras sekitar RM150,000.

Walau apa pun jua, memiliki sebuah jentera dengan enjin empat silinder cas lampau 998cc yang mampu menghasilkan sehingga 200hp dan 140Nm tork maksimum yang boleh menangani hampir sebarang keadaan jalan raya sudah pasti amat berbaloi bagi mereka yang berkemampuan.

Digandingkan dengan bantuan menunggang elektronik terkini dari Kawasaki seperti Kawasaki Corner Management Function (KCMF), Kawasaki Traction Control (KTRC), Kawasaki Intelligent anti-lock Brake System (KIBS), dan Kawasaki Engin Brake Control, bakal pemilik akan dapat mengemudi jentera tersebut menangani selekoh dengan riang dan lebih beria berbanding dengan yang terbaik di antara terbaik dalam kelasnya itu.

Buat masa ini, kita hanya boleh menantikan kemunculan rasminya yang diharapkan akan berlaku dalam masa beberapa minggu dari sekarang. Teruskan setia bersama MotoMalaya untuk perkembangan selanjutnya.

Lima Perkara Yang Boleh Dijangka dari Kemunculan Kawasaki Ninja H2 SX

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]