Dedikasi adalah satu sifat yang semakin menghilang pada zaman ini. Jarang sekali anda akan dapat berjumpa seseorang yang amat berdedikasi terhadap satu matlamat sehinggakan dia sanggup menghadapi segalanya bagi mendapatkan hasil yang positif. Sering kali kita bertemu mereka yang mudah mengalah, sehinggakan apabila kita bertemu dengan seseorang yang amat berdedikasi, ianya berbaloi untuk meraikan dedikasinya itu.
Sebagai contoh, Encik Ahmad Saidin bin Mohd Idris yang berusia 40 tahun, juga dikenali sebagai Cikgu Saidin. Anda boleh menyaksikan sendiri ceritanya dalam video di bawah, dan dia adalah contoh yang sempurna seseorang yang berdedikasi tinggi, seorang pengejar impian.
https://www.facebook.com/PETRONASBrands/videos/1754089534649938/
Cikgu Saidin bertugas di Sekolah Kebangsaan Lenjang sebagai Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum. Pos Lenjang terletak di negeri Pahang, dan walaupun ianya dilengkapi dengan keperluan asas seperti air bersih, elektrik, malah internet, keadaan sesetengah jalannya agak teruk sekali, dan ia menyukarkan perjalanan.
Rutin harian Cikgu Saidin bermula pada jam 5 pagi, menempuhi perjalanan sebelum berhenti seketika di surau Pos Betau untuk solat Subuh, sebelum meneruskan perjalanannya sejauh 65km. Perjalanan ulang alik sehariannya sahaja merentasi jarak 130 kilometer. Dan ianya bukan perjalanan ulang alik yang biasa, seperti mana yang telah diterangkan oleh Cikgu Saidin dalam video berkenaan, di mana sebahagian daripada perjalanannya adalah di atas jalan raya bertar, dan separuhnya adalah di atas jalan tanah merah yang berlumpur dan agak teruk sekali. Dan motosikal tunggangannya bukannya sebuah motosikal dwi sukan yang boleh membuatkan perjalanan berulang aliknya lebih selesa, tetapi, sebuah motosikal kapchai.
Dan oleh kerana perjalanan ulang aliknya itu agak membebankan bagi motosikalnya, Cikgu Saidin menyelenggara motosikalnya sendiri, melakukan penukaran minyak pelincir dan penapis minyak motosikalnya pada setiap 1,000 kilometer. Minyak pelincir pilihannya? Cikgu Saidin memilih minyak pelincir Petronas Sprinta dengan Ultraflex, dan ianya mudah bagi kami untuk memahami mengapa.
Petronas Sprinta dengan Ultraflex telah direka khusus bagi menangani trafik sesak, penggunaan harian yang kerap dan panjang, dan muatan yang berat. Minyak pelincir yang diformulasi secara khusus ini telah direka bagi menangani bunyian berdentang dan memperbaiki kelancaran sebuah motosikal dengan mempertingkatkan daya pembersihannya, melawan pencairan minyak dengan menggunakan lapisan minyak yang kuat, dan memperbaiki tahap kestabilan minyak pelincir.
Dengan itu, minyak pelincir berkenaan berfungsi sebaiknya pada setiap masa tanpa sebarang pemerosotan prestasi. Minyak pelincir ini secara aktif menangani kadar geseran tinggi yang selalunya mengakibatkan kehilangan kelikatan pelincir atau pencairan minyak, dan juga mengekalkan tahap suhu enjin, yang mana meningkatkan kelancarannya.
Menurut ujikaji, minyak pelincir Petronas Sprinta dengan Ultraflex mampu mengatasi prestasi minyak pelincir konvensional dengan menanggalkan sehingga 55% deposit minyak. Dan ia juga dapat melawan pencairan minyak sehingga 41% lebih baik berbanding standard industri atas jasa lapisan minyak yang disuaikan secara istimewa. Dengan gabungan semua ciri-ciri yang direka khas ini, penunggang seperti Cikgu Saidin yang perlu berhadapan dengan perjalanan yang sukar setiap hari, dapat bernafas lega mengetahui enjinnya dijaga dengan baik sekali.
Ke semua elemen ini dapat membantu memudahkan perjalanan berulang alik harian Cikgu Saidin, dan juga bagi mereka yang menghadapi perjalanan yang sama sepertinya. Bagi mereka yang, sama seperti Cikgu Saidin, terpaksa menghadapi perjalanan berulang alik yang panjang dan memberi beban kepada enjin, dengan jenis minyak pelincir yang betul, dapat menjadikan perjalanan tersebut lebih selesa dan mudah untuk ditempuhi. Sebagai contoh, haba enjin boleh menjadi sesuatu yang amat mengganggu dalam perjalanan jarak jauh, namun, dengan minyak pelincir seperti Petronas Sprinta dengan Ultraflex, ianya dapat mengurangkan suhu pengoperasian dan dengan itu menjadikan perjalanan tersebut lebih selesa bagi penunggang.
Begitu juga dengan getaran enjin, semakin kurang getaran enjin, semakin selesa perjalanan tersebut, dan itulah yang diperlukan oleh penunggang seperti Cikgu Saidin dalam perjalanan mereka yang penuh dengan tekanan, dan itulah yang dapat diberikan oleh minyak pelincir Petronas Sprinta dengan Ultraflex. Anda pasti inginkan yang terbaik bagi seorang lelaki yang amat berdedikasi pada tugasnya sebagai seorang guru, yang menganggap anak muridnya sebagai keluarganya sendiri. Dalam video di atas, Cikgu Saidin mengelap air matanya apabila dia bercerita mengenai kesungguhannya dalam tugasnya mengajar dan bagaimana dia menganggap dirinya mempunyai dua buah keluarga; keluarganya sendiri yang ada di rumah, dan anak muridnya di sekolah.
“Pengejar Impian” seperti Cikgu Saidin ini adalah insan yang terbilang dalam dunia hari ini, seorang lelaki yang dipacu keazaman yang tidak dapat dipudarkan oleh perjalanan harian yang panjang dan menggetirkan, dan sudah tentu dibantu secara sedikit sebanyak oleh minyak pelincir tercanggih, Petronas Sprinta dengan Ultraflex.